Langkau ke kandungan utama

Memilih bahan - menjadi perniagaan besar yang mempunyai tanggungjawab yang besar

Bagi kami, memilih bahan adalah tentang membuat keputusan yang bertanggungjawab. Apabila kami tidak dapat menggunakan sumber boleh diperbaharui, kami mensasarkan kepada bahan yang dikitar semula atau boleh dikitar semula. Dalam semua perkara yang kami cipta, kami berusaha untuk memastikan harga rendah dan berkualiti tinggi. Tetapi ia bukan sahaja tentang bahan. Ia juga tentang orang, pengeluaran dan pengangkutan. Dan sentiasa ada ruang untuk penambahbaikan. Melalui kerjasama dengan orang lain dan mencabar diri kami sendiri, matlamat kami adalah untuk menjamin capaian jangka panjang kepada bahan mentah yang lestari dan mengubah cara kerja industri. Terus membaca untuk melihat lebih dekat beberapa bahan dalam produk kami.

Menjadi perniagaan besar yang mempunyai tanggungjawab yang besar. Matlamat kami adalah untuk menjamin capaian jangka panjang kepada bahan mentah yang lestari dengan memilih bahan boleh diperbaharui, dikitar semula atau boleh dikitar semula setakat mana yang mungkin.
Menjadi perniagaan besar yang mempunyai tanggungjawab yang besar. Matlamat kami adalah untuk menjamin capaian jangka panjang kepada bahan mentah yang lestari dengan memilih bahan boleh diperbaharui, dikitar semula atau boleh dikitar semula setakat mana yang mungkin.

Kayu

Kayu adalah asas untuk IKEA - ia merupakan bahan semula jadi yang boleh dibaharui yang cukup tahan lama untuk bertahan selama beberapa generasi. Tetapi hutan mudah rosak dan peka kepada cara kita memperlakukannya. Hari ini, semua kayu kami disumberkan mengikut Standard Perhutanan IWAY, yang mengharamkan kayu daripada sumber yang terlibat dalam konflik berkaitan hutan atau pembalakan haram.

Saiz operasi kami bermakna kami mempunyai kebolehan dan tanggungjawab yang amat besar untuk melindungi hutan di dunia. Menjelang tahun 2020, 100% kayu kami akan diperakui oleh FSC (Majlis Pengawasan Hutan) atau daripada sumber yang dikitar semula.

Kapas

Kami suka bekerja dengan kapas. Ia bahan semula jadi dan boleh diperbaharui yang bernafas dengan baik. Dan oleh kerana ia menyerap kelembapan, tekstil kapas kami sesuai walaupun dalam iklim paling panas. Namun, kami rasa tidak selesa dengan fakta bahawa pengeluaran kapas konvensional boleh mempunyai kesan yang negatif kepada alam sekitar dan mungkin memudaratkan peladang kapas dan keluarga mereka.

Sejak tahun 2015, semua kapas dalam produk kami datang daripada sumber yang lebih lestari. “Lebih lestari” bermakna pengeluaran kapas yang ditambah baik untuk orang dan alam sekitar dengan meminimumkan penggunaan racun serangga dan baja. Ia tentang menjamin pengurusan air dan membangunkan amalan penanaman yang lebih 

Gentian semula jadi

Dari keladi bunting hingga gabus, gentian pisang dan rotan, penggunaan bahan gentian semula jadi meningkat di IKEA. Ia bukan sahaja semula jadi dan boleh diperbaharui tetapi juga mempunyai ciri yang hebat, menjadikan setiap produk akhir cukup unik.

Majoriti pengeluaran ini adalah bukan industri. Kami bekerja rapat dengan penenun dan tukang serta wanita di Vietnam, Indonesia dan China antara lainnya. Bekerja dengan pereka berkemahiran dari seluruh dunia membuka pintu untuk ciptaan bersama, inspirasi dan juga pengetahuan pengeluaran baharu.

Lebihan/dikitar semula

Kami menggunakan bahan dikitar semula setakat mana yang mungkin. Kayu, plastik, kertas dan logam hanya beberapa yang kami suka bekerja dengannya. Kami membezakan antara bahan lebihan dan dikitar semula - lebihan merujuk kepada bahan lebihan daripada pengeluaran lain, sementara dikitar semula adalah apabila kami dapat menggunakan semula bahan daripada produk lama.

Tetap ia lebih daripada itu - ia cara berfikir dan juga membangunkan produk. Kami mensasarkan untuk mereka bentuk dengan cara yang membolehkan anda mengitar semula produk pada penghujung hayatnya, oleh itu dapat meminimumkan sisa. Sebab itulah kami terus mencari cara baharu untuk menggunakan bahan lebihan dan boleh dikitar semula serta menjadikannya sesuatu yang berguna dan bergaya untuk rumah anda seperti dengan bahagian depan dapur KUNGSBACKA.

Komposit

Bahan komposit terdiri daripada dua atau lebih bahan - setiap dengan sifat yang berbeza. Di IKEA, kami menggunakan bahan komposit kerana ia kuat, penyelenggaraan rendah, harga rendah dan ringan. Contoh komposit plastik kayu. Menggunakan sisa gentian kayu menjadikan produk plastik lebih kuat dan kurang mahal - dan ia membantu agar sisa dapat digunakan.

Itulah kecantikan komposit: terdapat kurang penggunaan bahan dan potensi yang hebat untuk menggunakan bahan berkualiti lebih rendah (jika tidak dikelaskan sebagai sisa) dan mengubahnya menjadi sesuatu yang baharu, kuat, padat dan ringan dengan hayat yang panjang. Cari komposit daripada semuanya daripada rak buku BILLY, kerusi ODGER hingga sarung RÖDTOPPA.

Plastik

Kami dalam perjalanan ke arah hanya menggunakan plastik yang dikitar semula dan/atau boleh diperbaharui. Kebanyakan plastik adalah berdasarkan minyak, bermakna ia didapati daripada sumber tidak boleh diperbaharui. Jadi, setakat mana yang mungkin, kami menggunakan sebanyak mungkin plastik yang dikitar semula atau boleh diperbaharui dalam produk kami. Hari ini, kira-kira satu pertiga barang plastik kami datang daripada sumber boleh diperbaharui dan/atau dikitar semula.

PET, PE dan PP adalah tiga daripada plastik yang paling biasa digunakan dalam produk IKEA dan semua mematuhi undang-undang dan standard keselamatan yang paling ketat. Kami mempunyai keperluan yang terperinci dalam penggunaan bahan kimia dan bahan lain dalam proses pengilangan, mengambil kira aspek kesihatan anda dan kesan kepada alam sekitar.

Buluh

Buluh adalah salah satu daripada tumbuhan paling cepat membesar di dunia - satu daripada sebab kami suka bekerja dengannya. Ia bahan yang tahan lasak, keras dan boleh tahan kelembapan. Kami membahagikan buluh kepada tiga kategori bergantung kepada proses dan produk yang digunakan untuknya:
Gentian Semula Jadi - gentian ditenun, digulung atau ditekan. Buluh Perindustrian - dipisahkan menjadi lapisan nipis dan digam bersama untuk membentuk papan yang berbeza. Lapisan bergam - venir buluh dalam bentuk ditekan.

Lebih daripada 90% buluh yang kami gunakan ditanam di China dan pada tahun 2016, hampir kesemuanya diperakui FSC. Perakuan memerlukan perjalanan yang panjang dan kami tidak sabar untuk melancarkan standard buluh kami untuk membangunkan industri di India dan juga di Vietnam.

Anda mungkin juga berminat