Komited 100% kepada kapas yang lestari
Sejak 1 September 2015, semua kapas yang kami gunakan untuk produk IKEA datang daripada sumber yang lebih lestari. Semua kapas IKEA sama ada dikitar semula atau ditanam menggunakan kurang air dan racun serangga sementara meningkatkan keuntungan untuk peladang kapas. Memilih kapas yang lestari bermakna anda bekerjasama dengan kami untuk mewujudkan kualiti hidup yang lebih baik untuk keluarga peladang – daripada akses yang lebih tinggi kepada air bersih hinggalah persekolahan anak-anak mereka.


Kapas yang ditanam dengan teliti – pilihan anda penting
Kapas ialah salah satu bahan kita yang paling penting. Anda akan menemuinya dalam kebanyakan produk, daripada sofa dan kusyen hinggalah cadar dan tilam, dan semua kapas kami ditanam secara bertanggungjawab. Apabila menjaga orang-orang yang anda sayangi dengan menghasilkan kediaman yang menggunakan produk-produk kapas yang lebih lestari, anda menyumbang ke arah dunia yang lebih bersih untuk anak-anak membesar. Bersama-sama, kita boleh membuat perbezaan!

Mengetuai perubahan yang tidak henti-henti untuk kapas
Sejak satu dekad yang lalu, IKEA, WWF dan rakan kongsi yang lain telah mewujudkan Better Cotton Initiative (BCI), sebuah organisasi yang bertujuan untuk menjadikan kapas daripada sumber yang lebih lestari satu amalan utama – mampu dimiliki dan boleh diakses oleh semua.
Kapas halus yang ditanam secara bertanggungjawab dan juga mampu dimiliki
Di IKEA, anda tidak perlu berkompromi tentang harga, kualiti, fungsi, reka bentuk atau kelestarian apabila menghias rumah anda. Reka bentuk vintaj dari abad ke-18 menginspirasikan corak bunga klasik namun moden sarung kuilt PRAKTBRÄCKA. Fabrik yang tahan lebih lama ini dibuat daripada 100% yan percale kapas halus bertenun rapat dan rasa sejuk dan segar pada kulit.
Mimpi lebih manis dengan kapas yang ditanam dengan teliti
Manjakan diri anda dengan kelembutan kapas yang mengkhayalkan yang ditanam dengan teliti. Linen katil NATTJASMIN ditenun daripada kapas tulen yang lut udara, menyerap lembapan dan menjadi semakin lembut dengan setiap cucian. Semua kapas dalam produk kami datang daripada sumber yang lebih lestari, bermakna ia sama ada dikitar semula atau ditanam dengan menghormati manusia dan alam sekitar.
Kami berusaha untuk menjadikan kapas yang disumberkan secara bertanggungjawab satu amalan utama
Perladangan kapas konvensional menggunakan banyak bahan kimia dan air. Ini menimbulkan risiko kesihatan yang tinggi pada peladang sementara menjejaskan alam sekitar. Seperti biasa, di IKEA, kami mengambil tindakan untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian, bukannya masalah.
Bersama-sama WWF dan rakan kongsi lain, kami komited untuk membuat perubahan yang positif di seluruh industri kapas – kapas yang lebih lestari perlu menjadi bahan utama melampaui perniagaan kami.
Pengurusan air adalah penting untuk pengeluaran kapas yang lebih baik
Kerja kami bertumpu pada air, memberikan latihan tentang amalan pengurusan air yang lebih baik kepada peladang, membantu kawasan-kawasan yang mengalami hakisan dan kekurangan air. Ini bermakna peladang menanam kapas menggunakan kurang air supaya lebih banyak air boleh digunakan untuk kegunaan lain. Kami juga mengembangkan skop inisiatif kapas kami untuk merangkumi pengurusan tanah dan kepelbagaian biologi.
Di laman web about.ikea.com kami, anda boleh mendapat lebih banyak maklumat tentang cara IKEA menggunakan kapas secara global.