Langkau ke kandungan utama

Kebaikan berasaskan tumbuhan

Penggunaan yang tidak lestari dan perubahan iklim kekal menjadi beberapa cabaran terbesar untuk kemanusiaan. Kami ingin memudahkan untuk mewujudkan kehidupan yang lebih sihat dan lebih lestari. Tetapi, ia lebih daripada hanya menawarkan produk lebih pintar – kami ingin membuat strategi untuk kehidupan yang lebih baik dan lebih lestari.

Di IKEA, kami tidak akan sekali-kali bertolak-ansur dengan kualiti makanan dan sentiasa sasarkan untuk menawarkan pilihan yang enak, harga berpatutan, seimbang dari segi nutrisi dan lebih lestari. Itu sebabnya mengapa kami telah mencabar diri kami sendiri untuk menghasilkan rangkaian makanan berasaskan tumbuhan dipek berperisa seperti bebola sayuran dan sosej sayuran yang kami hidangkan di Restoran dan Bistro, tetapi juga produk yang anda boleh bawa pulang seperti sosej sayuran KORVMOJ dihasilkan daripada lobak merah, lentil dan kubis daun, snek buah-buahan MUNSBIT, campuran kacang dan smothie oat dan kaviar sayuran SJÖRAPPORT dihasilkan daripada mutiara rumpai laut. Ini kerana makanan bukan hanya perlu baik untuk anda, ia juga perlu baik untuk planet.

Herba dan salad ditanam menggunakan sistem hidroponik.
Herba dan salad ditanam menggunakan sistem hidroponik.

Dapatkan gulungan bebola sayuran untuk mengurangkan jejak karbon anda.

Beberapa perkara adalah sinonim dengan IKEA seperti bebola daging Sweden. Ia sebahagian besar daripada warisan kami sebagai unit perabot kami yang paling ikonik. Dalam usaha kami untuk menghasilkan produk yang memudahkan anda untuk menghasilkan pilihan harian yang lebih baik dan lebih lestari, kami berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan alternatif yang enak bagi bebola daging tradisional. Sekarang, boleh didapati di sini.

Tetapi, mengapa bebola daging tanpa daging? Makanan berasaskan tumbuhan yang baik perlukan kurang sumber, kurang air dan kurang tanah untuk memberi makan seramai mungkin orang. Menghasilkan bebola sayuran membuatkan jejak karbon 20 kali lebih kecil berbanding semasa menghasilkan bebola daging tradisional. Jadi, beri kejutan kepada tunas rasa anda dan cuba bebola sayuran pada lain kali anda mengunjungi Restoran IKEA atau Bistro IKEA kami.

Tahukah anda?

Dengan menggelakkan pengambilan daging dan produk tenusu dalam pemakanan anda boleh mengurangkan jejak karbon daripada makanan anda sehingga sebanyak 73%.

Buat taman organik anda sendiri di rumah

Bercucuk tanam terbukti mengurangkan tahap tekanan. Dengan menanam sayuran dan herba enak anda sendiri daripada privasi rumah anda juga mengurangkan tekanan kewangan. Dengan menggunakan air, cahaya, biji benih dan beberapa bahan yang ditambah, kit penanaman KRYDDA VÄXER akan membantu anda menanam hasil organik anda sendiri pada sepanjang tahun.

Tahukah anda?

  • Bebola sayuran mempunyai jejak karbon 20 kali lebih rendah berbanding bebola daging tradisional.

  • Semua kopi dan teh IKEA yang dihidangkan dan dijual di Kedai Khas Makanan Sweden IKEA, Bistro IKEA dan Restoran IKEA adalah organik mengikut standard EU dan diperakui UTZ.

  • Sisa makanan menghasilkan kira-kira 8% daripada kesemua pengeluaran gas rumah hijau disebabkan oleh manusia. Jika sisa makanan adalah sebuah negara, ia akan menjadi di tempat ketiga selepas Amerika Syarikat dan China dari segi impak iklim.