Jimat wang dan planet, tanpa meninggalkan rumah anda
Sama ada menggantungkan pakaian anda untuk dikeringkan, memasak pada hob aruhan berkelajuan tinggi atau menggunakan bidai yang menjimatkan tenaga, perkara kecil tersebut boleh memberikan perbezaan besar. Di IKEA, kami mempunyai banyak produk dan penyelesaian untuk membuatkan rumah anda lebih lestari. Kerana cita-cita kami ringkas iaitu menginspirasikan dan membolehkan seramai mungkin orang hidup dalam kehidupan yang lebih lestari dan menjadikannya mudah dan mampu milik.


Hob yang boleh dialihkan untuk makan malam di rumah
Kehidupan di rumah cepat berubah-ubah. Daripada makan di dapur dan tidur di bilik tidur; sekarang, kami makan, tidur dan main di mana-mana juga yang kami rasa paling selesa. Dengan hob aruhan TILLREDA mudah alih, mampu milik dan sangat menjimatkan tenaga, kini anda boleh masak dengan banyak tanpa meninggalkan sofa.
Tahukah anda?
Hob aruhan 50% lebih pantas dan lebih menjimatkan tenaga berbanding seramik atau hob haba sinaran.
Pengering pakaian yang menjimatkan tenaga terbaru
Kami membuat helah kepada anda dengan tajuk itu. Maaf. MULIG ialah rak pengering yang ringan dan mudah alih, direka bentuk untuk kebanyakan kaedah pengeringan pakaian yang paling mesra alam sekitar yang anda akan temui di mana-mana jua. Jadi, berhenti membazirkan wang membayar bil elektrik anda dan memudarkan pakaian anda di dalam pengering dan mula keringkan pakaian anda mengikut cara lama.
Tahukah anda?
- Mesin pengering ialah salah satu perkakas di rumah yang paling banyak menggunakan tenaga
- Pakaian yang terlebih basuh membazirkan air dan tenaga serta memendekkan jangka hayatnya. Sebaliknya, cuba gantung pakaian di luar dalam udara segar untuk memakainya pada hari lain.
Untuk bidai yang menjimatkan tenaga ini, kami merujuk pakar. Lebah.
Bidai selular HOPPVALS yang menjimatkan tenaga diinspirasikan oleh lilin prisma indung madu yang ditemui di dalam sarang lebah. Menghasilkan lapisan penebat yang boleh mengurangkan kos pemanasan anda sehingga 20%, merendahkan paras cahaya umum dan memberikan privasi. Semua dengan harga yang tidak menyengat dompet anda.
Tahukah anda?
Menarik langsir anda untuk ditutup pada waktu senja boleh mengurangkan kehilangan haba melalui tingkap anda kira-kira 10%.