EGENTID – bagus untuk anda, peladang dan bumi
Kami mahu menawarkan anda produk yang dibuat dengan teliti untuk orang dan alam sekitar serta menjadikan tersedia pada harga mampu milik. Sebab itulah kami membangunkan EGENTID, siri teh berkualiti tinggi dengan keseluruhan daun. Semua produk EGENTID adalah lestari dan mempunyai sama ada perakuan UTZ atau kombinasi perakuan UTZ/UEBT dan sesetengah daripadanya juga ditanam secara organik mengikut standard EU.


Minum teh adalah cara yang baik untuk berehat seketika, bertenang dan mengosongkan minda anda, jadi sebab itulah kami menamakan siri ini sebagai EGENTID – perkataan Sweden untuk “masa saya sendiri”. Siri teh EGENTID terdiri daripada teh hitam, teh hijau, teh putih, rooibos, chai dan buahan serta seduhan herba. Dengan kombinasi perisa yang terkenal sebagai asas, kami telah menambah gaya yang mengejutkan. Sesetengahnya datang sebagai teh serbuk (akan datang pada musim luruh ini), sesetengahnya dalam uncang teh (akan datang pada tahun depan). Semua perisa adalah 100% semula jadi.
Perakuan UTZ/UEBT bermakna anda boleh percaya bahawa daun teh dan herba telah ditanam dengan cara yang bertanggungjawab, memastikan standard perladangan yang lestari dan keadaan yang lebih baik untuk peladang.”
Perladangan teh untuk esok yang lebih baik
Perladangan teh tidak menggunakan racun serangga, baja atau input tiruan. Ia juga memelihara kepelbagaian biologi dan mengekalkan kesuburan tanah.
Dengan menjadi UTZ yang diperakui, pengeluar teh mempelajari teknik baharu untuk menambah baik hasil dan kualiti tanaman mereka, melindungi pekerja mereka dan juga alam sekitar serta akhirnya memperoleh pendapatan yang lebih baik. Pada tahun 2015, UTZ dan Union for Ethical BioTrade (UEBT) membangunkan program baharu untuk herba dan teh buahan. Perakuan UEBT memastikan bahawa ramuan semula jadi disumberkan dengan rasa hormat untuk manusia dan kepelbagaian biologi.
IKEA dan UTZ telah bekerjasama sejak 2008 ketika produk kopi diperakui yang pertama telah diperkenalkan. Sejak itu, kerjasama telah menjadi semakin mendalam dan meluas. Hari ini, IKEA mempunyai produk kopi, coklat dan teh ais diperakui UTZ. Sekarang, sebagaimana rangkaian EGENTID bagi teh serbuk dan teh uncang diperakui UTZ diperkenalkan, kerjasama menjadi semakin meluas lagi.
Perisa semula jadi siri teh EGENTID yang unik pasti akan menjadikan detik “saya, diri saya dan secawan teh” anda layak dikatakan istimewa, tetapi EGENTID juga boleh digunakan sebagai ramuan rahsia yang sempurna untuk menjadikan minuman yang menyegarkan, pencuci mulut buahan, trufel lebih mengujakan dan juga untuk memperisakan ikan salmon dengan cara baharu.