Catatan tentang menjalani kehidupan yang lebih baik di rumah

Laporan Kehidupan di Rumah 2018 mengikuti cara kehidupan orang di rumah di seluruh dunia. Ia menjadi inspirasi kami apabila membangunkan produk baharu untuk tahun-tahun yang mendatang.

Catatan tentang menjalani kehidupan yang lebih baik di rumah

Setiap tahun, IKEA mengikuti cara kehidupan orang di rumah di seluruh dunia dan bagaimana cara ini berubah. Kami telah mendapati bahawa rumah menjadi semakin berubah, kerana orang menggunakan rumah mereka dengan cara yang baharu dan mendapat lebih banyak pengalaman ‘seperti rumah’ di luar rumah mereka sendiri.

Kami percaya keterbukaan baharu ini tentang bagaimana orang menjalani kehidupan boleh menjadi mengujakan dan memuaskan apabila dilakukan dengan betul tetapi juga boleh membawa kepada perasaan tegang dan tidak pasti. Laporan Kehidupan di Rumah 2018 meneroka tema ini dan cara kita semua boleh menjalani kehidupan rumah kita yang terbaik bersama-sama.