Membentuk masa depan yang baik, ambal yang dibuat secara beretika satu demi satu
Ambal tenunan tangan memang cantik, tetapi penenunan ambal selalunya dikaitkan dengan keadaan kerja yang buruk dan eksploitasi. Kami ingin mencari cara untuk bekerja dengan pengeluar untuk mengekalkan kualiti dan rasa ambal buatan tangan sambil menambah baik keadaan kerja secara radikal. Kami berjaya melakukannya.

Ambal buatan tangan IKEA di India
Lihat cara IKEA, bersama-sama pembekal kami, menambah baik cara ambal buatan tangan dihasilkan di India dan Bangladesh, memastikan kualiti yang baik, keprihatinan terhadap alam sekitar dan keadaan kerja yang memuaskan.


Upah dan faedah yang lebih baik
Pertama sekali, kami menyediakan kerja tetap dalam persekitaran yang selamat kepada penenun, dengan upah yang terkawal serta faedah seperti cuti dan pengangkutan. Kami juga menubuhkan dua buah sekolah yang membolehkan pelatih dibayar sambil belajar.
Mewujudkan pekerjaan dekat dengan rumah
Cita-cita kami ialah menempatkan pusat tenunan yang hampir dengan tempat tinggal penenun dan pekerja lain, jadi mereka tidak perlu berpindah rumah dan meninggalkan keluarga mereka untuk mencari pekerjaan.

Saya ialah seorang guru, kemudian saya memohon kerja sebagai penenun. Sekarang saya belajar pertukangan baharu, memperoleh pendapatan yang lebih baik dan dapat meluangkan lebih masa dengan anak-anak saya.”
Shashi DeviPenenun