Langkau ke kandungan utama

Idea mudah untuk bermain – dan sebab ia baik untuk kita

Apakah jenis-jenis bermain? Apakah manfaat bermain dalam perkembangan kanak-kanak? Mengapakah hak kanak-kanak untuk bermain penting? Soalan-soalan beginilah Laporan Bermain IKEA – terkini yang kami cipta pada tahun 2017 – bertujuan menjawabnya.

Lukisan makhluk fantasi berwarna hijau yang lucu pada latar belakang berwarna kuning yang dilukis oleh kanak-kanak.
Lukisan makhluk fantasi berwarna hijau yang lucu pada latar belakang berwarna kuning yang dilukis oleh kanak-kanak.

Belajar melalui bermain

Tiga Laporan Bermain IKEA kami membentuk kandungan penyelidikan terbesar yang pernah ada di dunia tentang bermain. Pengetahuan daripada semua data dan penerokaan ini mempengaruhi secara langsung cara kami mereka bentuk dunia kehidupan di rumah yang indah dan sentiasa berubah-ubah – yang tentu sekali merangkumi rangkaian produk Kanak-kanak IKEA.

Manfaat bermain

Penyelidikan kami menunjukkan bahawa kita berhubung, mencipta, menyegarkan semula, melepaskan diri dan meneroka melalui bermain. Lima ‘manfaat bermain’ inilah yang menjadikan bermain suatu keperluan asas manusia – bukan kemewahan. Ia juga merupakan sebab Konvensyen PBB tentang Hak Kanak-kanak menggariskan bermain sebagai hak universal setiap kanak-kanak.


Bunyikan gendang… Memperkenalkan… Panduan Bermain Mini IKEA!

Untuk Mari bermain!, kami meringkaskan penemuan kami daripada Laporan Bermain IKEA 17 kepada Panduan Bermain Mini IKEA bersaiz kecil yang boleh dicetak, bukan sahaja untuk berkongsi perkara yang kami ketahui tentang bermain, tetapi juga menyertakan idea tentang cara bermain di taman permainan paling penting dalam kehidupan: di rumah.

Sebagai kanak-kanak, kita mengenal dunia melalui bermain. Sambil kita membesar, kita mula mengembangkan kuasa dan kreativiti sebagai ekspresi lebih dewasa. Namun itu tidak bermakna kita berhenti bermain!

Roy Landsmaid, Ahli psikologi

Cara bermain

“Semua orang tahu tentang bermain tetapi sambil kita membesar, ia boleh menjadi semakin sukar untuk kita,” ulas Panduan Bermain Mini, yang menawarkan “petua untuk mengembangkan idea dan peluang bermain baharu.”

Di bawah ialah beberapa cara bermain yang terkandung dalam panduan tersebut – serta idea untuk setiap satu.

Bermain gaya bebas

Tentang: Kespontanan dan kurang berstruktur, yang mengasyikkan kita dalam dunia ciptaan kanak-kanak secara semula jadi sambil mereka bermain.
Contohnya: Pancaragam dapur – ambil periuk dan kuali, dan sediakannya untuk ‘dimainkan’ dengan perkakas dapur. Ingat, lebih kuat lebih bagus!

Bermain cara membina

Tentang: Mencipta sesuatu yang baharu dengan anak anda melalui penerokaan, eksperimen dan penyelesaian masalah – kemudian meraikan bersama-sama.
Contohnya: Kumpulkan kit membuat model (gam, gunting dll.), dan kumpulkan barang-barang lama isi rumah yang bersih untuk digunakan dalam projek.

Bermain tiru perbuatan saya

Tentang: Memberikan inspirasi untuk bermain secara imaginatif ialah cara yang meriangkan untuk orang dewasa dan kanak-kanak menyiapkan kerja-kerja rumah dengan menukarkannya menjadi permainan.
Contohnya: Membakar resipi mudah yang boleh dipimpin oleh kanak-kanak. Gunakan cawan sukat dan bukannya penimbang untuk mengelakkan anda terhenti kerana gangguan.

Bermain kejar-mengejar

Tentang: Bermain secara fizikal ialah untuk melepaskan diri, berlari-larian dan menghapuskan kekangan sosial. Tenaga dirangsang, endorfin dihasilkan dan kegembiraan diperoleh.
Contohnya: Aturkan acara sukan yang mudah, dengan lari pecut seperti Lumba Lari Ikat Kaki, Lumba Lari Dalam Guni atau Lumba Lari Membawa Telur Dalam Sudu.

Bermain secara kreatif

Tentang: Bermain secara kreatif yang akan membuka dunia indah yang tidak dibatasi oleh peraturan dan kewajipan apabila menggunakan imaginasi.
Contohnya: Lakar lingkaran dan bulatan secara bebas. Jangan angkat pensel anda dari kertas. Kemudian, warnakan bentuk antara garisan.

Bermain secara formal

Tentang: Kurang sedikit kespontanan dan lebih sedikit  berstruktur, dengan semua pemain berasa lega daripada tekanan  kehidupan seharian sambil mereka menyelesaikan cabaran tertentu.
Contohnya: Permainan tindan seperti LATTJO, ujian paling baik yang menguji kestabilan tangan – dan keberanian tegar!