Visi & Idea perniagaan

Sofa tiga tempat duduk IKEA VIMLE berwarna kuning memberi banyak keselesaan dan sedikit sinar mentari ke dalam ruang tamu anda.

Visi & Idea perniagaan

Kami bersemangat tentang kehidupan di rumah. Budaya kita dibina secara bersatu hati, bersama-sama dan dengan sikap “buat hingga selesai”. Kami optimis serta sentiasa mencari cara baharu dan lebih baik untuk melakukan sesuatu perkara, dari cara untuk mereka bentuk kerusi goyang yang sesuai dengan pek leper, hingga mencipta mentol lampu LED yang mampu dimiliki oleh semua orang. Visi kami adalah untuk mewujudkan kehidupan harian yang lebih baik untuk ramai orang – untuk pelanggan tetapi juga untuk rakan kami dan orang yang bekerja di pembekal kami.

Visi ini bukan sekadar kelengkapan rumah. Kami mahu perniagaan kami mempunyai kesan yang positif kepada dunia – dari komuniti kami mendapatkan bahan kami, hingga cara produk kami membantu pelanggan kami menjalani kehidupan di rumah yang lebih lestari.

Kami boleh menjadi sebahagian daripada perubahan yang positif dalam masyarakat dengan berkongsi perkara yang kami lakukan dan bersuara tentang perkara yang kami percayai.

Idea perniagaan

Sementara visi kami memberitahu kami sebab kami wujud, idea perniagaan kami memberitahu kami perkara yang kami mahu capai. Dan untuk setiap orang yang telah mengunjungi IKEA, idea perniagaan kami cukup jelas – “untuk menawarkan pelbagai produk kelengkapan rumah yang direka bentuk dengan baik dan berfungsi pada harga yang sangat rendah supaya seramai mungkin orang akan dapat memilikinya”

Itu bermakna kami perlu mencipta produk yang mempunyai reka bentuk yang cantik, fungsi yang baik, lestari, kualiti yang baik dan boleh didapati pada harga rendah. Kami menggelarnya “Reka Bentuk Demokratik” kerana kami percaya semua orang berhak mendapat kelengkapan rumah yang baik.

Dengan produk hebat yang menarik hari ramai orang, jumlah pengeluaran semakin banyak, itu bermakna kami mendapat urus niaga yang lebih baik dan boleh menawarkan produk kami pada harga rendah. Selain itu, apabila produk kami dibungkus dan dihantar dalam pek leper yang cekap ruang, kos penyimpanan dan pengangkutan dapat dikurangkan dan kami boleh merendahkan lagi harga kami.

Anda mungkin juga suka