Kayu – bahan yang mempunyai banyak kualiti
Kayu merupakan bahan yang paling biasa dikaitkan dengan perabot IKEA, dan untuk alasan yang baik. Kami suka menggunakan kayu bukan sahaja kerana ia merupakan sebahagian daripada warisan reka bentuk Scandinavia kami – kayu merupakan bahan yang sangat baik dari perspektif reka bentuk, kualiti dan alam sekitar, dengan syarat ia datang daripada hutan yang diurus secara bertanggungjawab. Kayu juga tahan lama, boleh dibaharui, boleh dikitar semula – dan indah.


Hanya kayu yang lebih lestari
Oleh sebab kayu begitu penting bagi IKEA, kami bekerjasama dengan FSC (Majlis Pengawasan Hutan) untuk memelihara hutan di dunia melalui pengurusan hutan yang bertanggungjawab, memastikan hutan kekal untuk semua buat selama-lamanya. Menjelang tahun 2020, tujuan kami adalah untuk memastikan semua kayu kami datang daripada sumber yang lebih lestari yang merangkumi kayu yang diperakui oleh FSC dan yang dikitar semula. Kini kami telah mencapai lebih daripada 91% matlamat kami.

Kami menggalakkan penerimagunaan kaedah perhutanan yang lestari. Kami melakukan perkara ini untuk mempengaruhi orang lain dan juga untuk menyumbang kepada kerja penamatan pembasmian hutan yang penting”
- Mikhail Tarasov, Pengurus perhutanan global IKEA
Menggabungkan jenis kayu
Kayu oak ialah kayu keras yang kuat yang menjadi kelam dengan indah sambil menua. Permukaan meja MÖRBYLÅNGA mempunyai lapisan atas kayu oak padu setebal tiga milimeter yang dibubuh pada papan partikel – cara penggunaan bahan-bahan kayu yang berbeza dengan cekap dalam bahagian perabot yang sama. Lapisan atas kayu oak padu yang tahan lama membuatkan setiap meja unik, setiap satu dengan corak ira dan variasi warna semula jadi masing-masing.
Perabot kayu tahan lama untuk taman anda
Kayu akasia ialah kayu tahan reput dan tahan lama yang sangat sesuai untuk perabot luar seperti siri APPLARO kami. Semua kayu akasia yang kami gunakan datang daripada ladang yang diperakui oleh FSC. IKEA bersama-sama pembekal, peladang kecil dan rakan kongsi seperti WWF memastikan bahawa pokok akasia ditanam dengan cara yang lebih baik untuk alam sekitar dan komuniti tempatan.
Tahukah anda?
- • IKEA memperoleh kayu dari 50 negara yang berbeza
- • Poland, Rusia dan Sweden ialah tiga negara sumber kayu kami yang utama
- • Jenis kayu yang paling biasa IKEA gunakan ialah kayu pain, kayu birch, kayu bic dan kayu akasia

Menggunakan kayu dengan bijak
Menghasilkan lebih banyak dengan menggunakan kurang bahan merupakan sebahagian daripada budaya IKEA. Lagipun, kami sentiasa menggunakan sumber dengan cekap. Berkaitan dengan kayu, setiap batang dipotong dan dibentuk supaya pembaziran diminimumkan semasa pengeluaran sementara mengekalkan kualiti dan ketahanan. Kami sentiasa mencari cara baharu dan lebih pintar untuk mereka bentuk dan membina perabot kami untuk memastikan pelanggan kami mendapat produk sebaik mungkin yang mempunyai kesan yang paling sedikit terhadap planet kita.
Di laman web about.ikea.com kami, anda boleh mendapat lebih banyak maklumat tentang cara IKEA menggunakan kayu secara global.
Penyumberan kayu yang bertanggungjawab – bekerjasama dengan FSC
Kami mengutamakan pengurusan hutan yang bertanggungjawab dalam perniagaan kami. Ini bermakna berusaha untuk menghapuskan degradasi hutan dan pembasmian hutan di samping menggalakkan kepentingan pengurusan hutan melampaui keperluan bahan kayu kami sendiri. Inilah yang kami katakan bersikap positif terhadap hutan.
Hutan menempatkan lebih daripada dua pertiga spesies darat yang diketahui dan menempatkan 80% kepelbagaian biologi darat. Perakuan FSC meliputi kesejahteraan sosial dan ekonomi pekerja dan komuniti tempatan yang bergantung pada hutan, serta hal ehwal ekonomi dan alam sekitar dan pembuatan keputusan, selain merangkumi amalan pembalakan.
Bekerjasama dengan WWF untuk hutan yang diurus secara bertanggungjawab
Kami juga bekerjasama dengan WWF dan rakan kongsi lain untuk membasmi pembalakan haram dan menggalakkan dagangan balak yang bertanggungjawab dan telus. Bermula dengan lima projek hutan di tujuh negara pada tahun 2002, kini kami bekerjasama di 15 negara tentang pelbagai projek. Tujuannya ialah menyokong perakuan hutan yang boleh dipercayai yang memanfaatkan manusia dan juga alam sekitar.