Langkau ke kandungan utama

Petua keselamatan untuk tidur bayi anda

Tidur merupakan unsur penting kesihatan dan perkembangan bayi. Bayi anda patut tidur sendirian, secara telentang di dalam katil bayi, sehingga cukup dewasa untuk memanjat keluar dari katil itu. Katil bayi menyediakan persekitaran yang dilindungi dan berkepung. Di sini ada beberapa lagi pertimbangan keselamatan yang penting yang dapat membantu anda menghadapi dan mengatasi salah satu cabaran terbesar ibu bapa dengan lebih baik.

Di dalam katil bayi GULLIVER berwarna putih, seorang bayi yang memakai beg tidur LEN berwarna merah jambu sedang tidur di atas tilam dengan cadar sama sendat LEN berwarna merah jambu.
Di dalam katil bayi GULLIVER berwarna putih, seorang bayi yang memakai beg tidur LEN berwarna merah jambu sedang tidur di atas tilam dengan cadar sama sendat LEN berwarna merah jambu.

Katil bayi yang baik merupakan asas tidur yang tenang

Kebanyakan bayi dalam lingkungan umur setahun akan tidur selama lebih kurang 12-15 jam sehari. Jadi, cara anda menyediakan katil bayi adalah penting untuk ketenangan fikiran anda memandangkan bayi akan menghabiskan banyak masa di situ.

Di bawah, anda boleh membaca tentang perkara yang perlu ada – atau tidak perlu ada – di dalam dan di sekitar katil bayi. Pada asasnya, katil bayi patut mempunyai tidak lebih daripada tilam yang padat dan cadar sama sendat. Untuk memastikan bayi berasa cukup panas – dan untuk meminimumkan risiko terlalu panas – anda patut menggunakan pakaian tidur yang ringan, disesuaikan dengan suhu bilik.

Seorang budak sedang berdiri di dalam katil bayi SUNDVIK berwarna kelabu dan menjangkaukan tangannya ke arah mainan gantung GULLIGAST beraneka warna yang tergantung jauh di atasnya.

Katil bayi sepatutnya tidak mempunyai apa-apa kecuali tilam yang padat dan cadar sama sendat.

Keselamatan bayi di dalam dan di sekitar katil bayi

Katil bayi IKEA direka bentuk, dibina dan diuji supaya selamat untuk bayi anda. Tetapi penting juga untuk mempertimbangkan cara anda menghias katil bayi dan kelengkapan rumah lain yang mungkin ada berdekatan di dalam bilik itu.

Beberapa petua apabila anda menghias katil bayi

  • Gunakan tilam bayi yang padat untuk mengelakkan pernafasan bayi daripada terhalang. Katil bayi dan tilam hendaklah mempunyai dimensi yang sama untuk mengelakkan risiko terperangkap atau mati lemas.
  • Dimensi cadar sama sendat hendaklah sama dengan tilam – pemasangan yang ketat mengelakkan tekstil longgar di dalam katil bayi.
  • Gunakan pelindung tilam yang dibuat daripada bahan lut udara pada mulanya untuk mengelakkan risiko mati lemas. Pelindung tilam yang dibuat daripada bahan bukan lut udara hanya sesuai untuk kanak-kanak yang berumur lebih daripada 3 tahun.
  • Dasar katil bayi mestilah direndahkan kepada tetapan yang paling rendah sebaik sahaja bayi dapat duduk tanpa bantuan untuk meminimumkan risiko terjatuh dari katil bayi itu.
  • Tanggalkan bahagian boleh tanggal katil bayi atau tukar kepada katil apabila anak anda cukup besar untuk memanjat keluar dari katil bayi itu untuk mengelakkan risiko terjatuh.

Beberapa petua keselamatan di sekitar katil bayi

  • Pastikan langsir dan kord lampu atau bidai tidak boleh dicapai oleh bayi – keadaan tercekik dan mati lemas merupakan bahaya yang serius kepada bayi.
  • Pastikan benda-benda ini tidak boleh dicapai oleh bayi: kanopi, mainan gantung bayi dan tekstil panjang yang tergantung di atas katil bayi.
  • Letakkan katil bayi jauh dari radiator, paip panas dan cahaya matahari langsung – kulit bayi nipis dan mudah terselar.
  • Pastikan perabot berada pada jarak yang selamat dari katil bayi supaya bayi tidak dapat menggunakannya untuk memanjat keluar – terdedah kepada risiko terjatuh, terperangkap atau mati lemas.
  • Jangan sesekali pasang cangkuk, pemegang atau seumpama itu pada katil bayi – bayi anda boleh tersangkut apabila bergerak di sekitar katil bayi itu.
Seorang yang memakai baju berwarna hijau sedang menekan bucu tilam dengan cadar sama sendat LENAST yang berbintik-bintik di dalam katil bayi SNIGLAR.

Tilam yang selamat ialah tilam yang muat dengan sempurna di dalam katil bayi – tidak ada celah untuk bayi terperangkap.