Rumah untuk kanak-kanak bermain
Bermain merupakan sebahagian penting dalam kebahagiaan dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak – jadi, anda pasti ingin menggalakkannya. Anda hanya perlu melindungi tempat kanak-kanak bermain di dalam rumah anda yang boleh menyebabkan kecederaan teruk, bukan setakat benjol kecil.


Sentiasa prihatin bahawa apa-apa saja boleh menjadi barang permainan
Bagi kanak-kanak, di mana-mana saja boleh menjadi tempat permainan. Anda tidak dapat sentiasa meramalkan bila – dan dengan apa – kanak-kanak akan bermain. Jadi, anda hanya perlu mencuba melihat seluruh rumah melalui pandangan mereka. Ini akan membantu anda mengenal pasti tempat-tempat yang berpotensi menimbulkan bahaya – supaya anda dapat mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan risiko itu.
Sesetengah kecederaan yang paling teruk yang boleh dialami oleh kanak-kanak semasa bermain ialah akibat daripada perabot rebah yang tidak dikukuhkan, tercekik benda-benda yang kecil dan terjatuh keluar dari tingkap atau dari tangga. Mujurlah, rumah anda boleh menjadi tempat permainan kanak-kanak yang menyeronokkan dan bukan merisaukan.
Dengan pusat graviti yang lebih tinggi daripada orang dewasa, kanak-kanak mudah hilang keseimbangan dan terjatuh.

Perkara yang perlu diawasi supaya masa main merupakan masa yang lebih selamat
Bayangkan anda sebagai kanak-kanak semula, penuh dengan sifat ingin tahu dan pengembaraan. Sekarang, dengan perspektif itu, berjalan di sekitar rumah anda untuk melihat tempat kejadian yang tidak diingini boleh berlaku.
Beberapa petua untuk membantu mencegah kecederaan akibat terjatuh atau rebah
- Perabot storan dan TV boleh menyebabkan kecederaan yang teruk jika rebah – sentiasa kukuhkannya ke dinding.
- Simpan barang-barang yang paling berat di bahagian bawah supaya unit storan lebih stabil.
- Kanak-kanak mungkin tertarik untuk memanjat perabot untuk mencapai mainan atau barang lain – simpannya di para yang lebih rendah untuk mengurangkan risiko.
- Kanak-kanak kecil mempunyai kepala yang agak berat, jadi mereka boleh hilang keseimbangan dengan mudah – hadkan akses ke tingkap dan pasang kunci keselamatan supaya mereka tidak terjatuh keluar.
- Kanak-kanak boleh tersungkur semasa berlari-lari – pelapik antigelincir dan penampan bucu dapat membantu mengurangkan risiko kecederaan.
Beberapa petua untuk mengelakkan tercekik dan kecederaan lain daripada bermain
- Bayi dan kanak-kanak meneroka menggunakan mulut mereka – simpan benda-benda kecil di tempat yang tidak boleh dicapai oleh mereka untuk mengelakkan risiko tercekik.
- Kanak-kanak bertatih suka bermain mainan abang atau kakak mereka – jadikannya suatu kebiasaan untuk memeriksa mainan tersebut supaya tidak ada bahagian-bahagian kecil.
- Jika tertelan, bateri butang boleh menyebabkan lecuran kimia yang boleh membawa maut – jadi, simpannya di tempat yang selamat.
- Sesetengah pokok hias rumah adalah toksik dan pasu mungkin mengandungi batu-batu kecil atau bahaya tercekik lain – paling baik untuk meletakkannya di tempat yang tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.
- Kord bidai tingkap berpotensi menimbulkan bahaya tercekik – gantungkannya pada dinding atau sebaliknya pilih bidai dengan kord tersembunyi.
- Bermain dekat dengan kabel kuasa mendatangkan risiko tercekik atau menarik perkakas elektrik – letakkannya di tempat yang tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.
Bidai tingkap IKEA mempunyai kord tersembunyi di dalamnya, bermakna kurang risiko terbelit atau kecederaan.
