Langkau ke kandungan utama

Kehidupan adalah lebih baik untuk semua orang dengan bateri cas semula

Daripada mainan kanak-kanak kepada lampu di dalam almari pakaian anda, bateri membantu memudahkan lagi kehidupan harian. Dengan bateri cas semula LADDA, anda sentiasa ada bateri yang sedia untuk digunakan di rumah.

Pelbagai jenis rantaian lampu LED SOLVINDEN tergantung di balkoni di luar tingkap pada waktu malam. Rantaian lampu itu dinyalakan.
Pelbagai jenis rantaian lampu LED SOLVINDEN tergantung di balkoni di luar tingkap pada waktu malam. Rantaian lampu itu dinyalakan.

Mainan yang sedap dipeluk yang menjadi lampu malam

Diuji mengikut standard keselamatan yang paling tegas di dunia, mainan lembut PEKHULT ini mempunyai lampu LED berkuasakan bateri yang menyala untuk menakutkan raksasa malam apabila kanak-kanak menekan perutnya. Dengan bateri cas semula LADDA, anda sentiasa ada bateri yang sedia untuk digunakan di rumah untuk memastikan ia kekal bersinar.

Lihat semua lampu kanak-kanak
Seorang lelaki membaca buku kanak-kanak kepada anak kecil yang duduk di atas sofa di sebelah mainan lembut dengan lampu malam LED PEKHULT.
Lihat semua lampu kanak-kanak

Muzik di mana saja yang anda ingini

Anda dan rakan-rakan atau keluarga anda dapat mendengar muzik di mana saja yang anda ingini dengan pembesar suara Bluetooth mudah alih ENEBY. Bateri cas semula LADDA dapat menguasakannya untuk memberikan keseronokan mendengar muzik selama berjam-jam, jadi anda tidak perlu selalu membeli bateri baharu.

Lihat semua bateri & pengecas bateri
Pengecas bateri STENKOL yang mengandungi tiga bateri cas semula LADDA dipalamkan ke soket dinding dekat dengan meja dulang GLADOM.
Botol air IKEA 365+ terletak dekat dengan pembesar suara Bluetooth mudah alih ENEBY dan tuala tetamu VIKFJÄRD berwarna merah jambu muda.
Lihat semua bateri & pengecas bateri

Pencahayaan yang selesa untuk aktiviti luar pada waktu malam

Lampu berkuasakan bateri yang diluluskan untuk kegunaan luar adalah sempurna untuk mewujudkan suasana yang nyaman dan selesa di balkoni atau taman anda. Anda boleh meletakkannya di mana saja yang anda ingini kerana anda tidak perlu menyambungkannya ke soket. Tambahan pula, dengan bateri cas semula LADDA, anda dapat menikmati setiap malam yang indah dengan mengetahui bahawa anda tidak perlu bergegas ke kedai untuk membeli bateri baharu.

Lihat semua pencahayaan luar
Rantaian lampu LED LEDLJUS dengan lampunya dinyalakan digantungkan pada selusur logam menggunakan penyepit pakaian TORKIS.
Lihat semua pencahayaan luar

Memastikan keseronokan tidak terganggu

Jika anda ada anak, anda mungkin menggunakan banyak bateri, terutamanya kerana mereka kadang-kadang terlupa untuk mematikan mainan mereka apabila selesai bermain. Jadi, untuk manfaat anda, dengan bateri cas semula LADDA, anda sentiasa ada bateri baharu untuk memastikan keseronokan berterusan.

Lihat semua mainan kayu
Diorama sebuah perkampungan yang dibina dengan menempatkan set kereta api asas 20 unit LILLABO bersama-sama model bangunan dan pokok.
Lihat semua mainan kayu

Cahaya untuk membantu anda mencari barang-barang anda

Mencari barang-barang di dalam kabinet atau almari pakaian adalah lebih cepat apabila terdapat cahaya di dalamnya. Lampu bersepadu berkuasakan bateri mudah dipasang, tidak perlu disambungkan ke soket dan tiada kabel yang berselerak. Lagipun dengan bateri cas semula LADDA, anda akan sentiasa ada bateri yang sedia untuk digunakan.

Lihat semua pencahayaan bersepadu
Jalur lampu kabinet LED STÖTTA berkuasakan bateri menerangi botol dan balang kelengkapan dandanan diri di dalam kabinet.
Lihat semua pencahayaan bersepadu

IKEA membuat pertukaran kepada bateri yang dapat dicas semula – adakah anda ingin menyertai kami?