Cara melengkapi ruang luar yang lebih besar dengan perabot
Di ruang luar yang lebih besar, terdapat banyak kemungkinan. Untuk membantu mengecilkan pilihan anda, fikirkan tentang tempat kegemaran anda di dalam rumah. Apakah yang membuatnya selesa dan berfungsi? Lakukan perkara yang sama seberapa banyak yang anda boleh di ruang luar!


Sediakan hiasan utama
Pilih dan tempatkan perabot anda yang paling besar dahulu – seperti sofa bermodul atau meja makan. Dengan cara ini anda tahu ia muat. Kemudian gunakannya sebagai titik fokus untuk menempatkan perabot lain.
Wujudkan zon aktiviti
Aturkan perabot berdasarkan tempat untuk bersantai, makan, memasak, bermain dan sebagainya. Untuk memberikan ruang luar anda rasa seperti wujudnya ruang dalam sesuatu ruang, gunakan ambal, lantai, pencahayaan, tabir privasi dan gazebo.
Buatkan semua orang berasa nyaman dan selesa
Beri keluarga dan tetamu anda pilihan. Fikirkan tentang tempat duduk, kusyen dan tempat yang banyak untuk meletakkan barang-barang mereka. Ingat bahawa kanak-kanak juga mempunyai keperluan mereka sendiri.
Simpan barang-barang berhampiran
Kurangkan masa berjalan berulang-alik ke dalam rumah. Unit rak, bangku storan, kabinet, kotak dan cangkuk dapat menyimpan perkakas hidangan, kusyen, mainan dan banyak lagi dengan senang.