Langkau ke kandungan utama

Wahah gaya Mediterranean untuk semua perjumpaan anda di ruang luar

Selamat datang ke ruang luar yang mengkhayalkan ini yang menggabungkan suasana Eropah dengan gaya taman Jepun, mewujudkan persekitaran minimalis yang sangat tenang, bertaburan dengan tumbuh-tumbuhan yang berdaun lebat.

Tumbuh-tumbuhan yang berdaun lebat dan perabot luar di patio batu dan batu kelikir bertembok yang terang dan luas di sebelah bangunan satu tingkat berwarna putih.
Tumbuh-tumbuhan yang berdaun lebat dan perabot luar di patio batu dan batu kelikir bertembok yang terang dan luas di sebelah bangunan satu tingkat berwarna putih.

Zon berbeza, ekspresi seragam

Membahagikan ruang kepada sudut aktiviti yang berasingan mewujudkan suasana yang berangin dan santai. Walaupun begitu, perabot bermodul dengan gaya yang sama di ruang santai dan juga ruang makan membantu menyatukan patio dalam ekspresi kontemporari berwarna putih dan hijau.

Lihat siri SEGERÖN
Tumbuh-tumbuhan dan kelompok perabot luar SEGERÖN di patio batu dan batu kelikir bertembok yang terang di sebelah bangunan satu tingkat.
Lihat siri SEGERÖN

Tekstil berwarna tanah untuk disesuaikan dengan suasana

Tekstil – dalam kombinasi tekstur dan jenis tetapi palet warna yang terhad – menambahkan tema yang tenang, di samping memberikan kontras kepada kusyen berwarna hijau. Selain itu, ambil perhatian terhadap kemudahan meja kopi yang berfungsi juga sebagai storan perlindungan untuk kusyen dan alas.

Lihat semua tekstil
Ruang luar yang mempunyai lampu lantai LED SOMMARLÅNKE berwarna kuning air, sofa penjuru tiga tempat duduk SEGERÖN berwarna putih dan kuning air dan ambal berwarna kuning air.
Lihat semua tekstil

Set meja makan moden dengan ciri santai

Warna bersepadu dengan tumbuh-tumbuhan hijau di sekitar, sementara keselesaan dan keanggunan memudahkannya untuk menjemput kawan-kawan ke meja yang kelihatan hebat.

Lihat semua set meja makan luar
Patio batu bertembok yang mempunyai ruang makan yang terdiri daripada kerusi SEGERÖN berwarna hijau gelap di sekeliling meja SEGERÖN berwarna hijau gelap dan kelabu muda.
Kerusi berlengan SEGERÖN berwarna hijau gelap di sebelah meja SEGERÖN berwarna hijau gelap dan kelabu muda, kedua-duanya terletak di atas permukaan batu kelikir yang disinari cahaya matahari.
Lihat semua set meja makan luar

Dapur luar yang disesuaikan yang sedia digunakan

Reka bentuk yang kemas bersepadu dengan mudah dengan gaya moden ruang luar ini, sementara siri itu – lengkap dengan gril, storan dan aksesori, termasuk penahan percikan gaya papan penyepit yang pintar – boleh digabungkan untuk menampilkan semua yang anda perlukan untuk menyediakan hidangan di luar.

Lihat siri GRILLSKÄR
Tumbuh-tumbuhan di dalam pasu RÅGKORN dan dapur luar dengan barbeku gas GRILLSKÄR di patio batu bertembok yang terang.
Sudut yang terang dengan sayur-sayuran dan aksesori memasak bertaburan di atas permukaan kerja dapur luar dengan barbeku gas GRILLSKÄR.
Lihat siri GRILLSKÄR

Sudut gaya bar ini membantu menjadikan kombinasi lebih menarik

Garis-garis tegak yang anggun bertumpu apabila meja dan bangku tinggi bertemu dengan skrin privasi di antara ruang makan dan ruang santai – mewujudkan sudut perjumpaannya yang tersendiri. Sangat sesuai sebagai sokongan berdiri untuk bersembang, meletakkan makanan dan minuman ringan atau hanya bergaul.

Lihat semua meja luar
Patio yang diterangi pada waktu malam yang mempunyai meja bar SEGERÖN, bangku bar SEGERÖN, skrin privasi NÄMMARÖ dan lilin blok LED.
Lihat semua meja luar

Kombinasi elemen semula jadi yang tenang yang menggalakkan supaya tinggal lebih lama sedikit

Apabila waktu senja, lilin blok di atas belebas dan sumber cahaya yang lain memainkan fungsi masing-masing. Menghidupkan permukaan dan mewujudkan corak yang sangat menarik, waktu senja menjadi malam yang anda mahu biarkan berlarutan.

Lihat semua pencahayaan luar
Lilin blok LED ÄDELLÖVSKOG dan lampu lantai SOMMARLÅNKE menerangi perabot luar SEGERÖN di patio patu bertembok.
Lihat semua pencahayaan luar