Langkau ke kandungan utama

Patio yang bergaya untuk bersantai dan berseronok

Inilah patio yang membolehkan anda mengadakan parti dan berkelah, selain bersantai dan memulihkan tenaga. Menampilkan perabot fleksibel yang boleh anda susun semula dengan mudah, storan tahan lama dan kelengkapan hidangan mesra planet, patio berinspirasikan pusat peranginan ini bersedia untuk apa jua majlis.

Patio yang disinari cahaya matahari dengan dinding terracotta, pintu berwarna biru, meja dengan payung berwarna putih, kerusi luar berwarna putih dan kusyen berwarna biru.
Patio yang disinari cahaya matahari dengan dinding terracotta, pintu berwarna biru, meja dengan payung berwarna putih, kerusi luar berwarna putih dan kusyen berwarna biru.

Lebih mudah untuk berseronok

Meja yang mempunyai lubang yang berguna untuk memasang payung memudahkannya lagi untuk menikmati masa rehat yang menyegarkan di bawah cahaya matahari. Tambah kerusi lipat yang selesa – dengan tempat duduk jejaring yang menjadikannya selesa untuk duduk – dan anda sudah bersedia!

Lihat semua meja makan luar
Meja luar berwarna putih dengan buah tembikai di atas landas cencang, mangkuk berisi buah tembikai dan anggur serta segelas smoothie.
Lihat semua meja makan luar

Tambah sentuhan lembut dengan kusyen

Kusyen empuk berwarna biru terang mewujudkan suasana pusat percutian yang tenang. Letakkannya di atas bangku panjang untuk duduk dengan selesa.

Lihat semua kusyen luar
Kusyen corak berjalur-jalur biru, dua kusyen yang dikait berwarna biru dan topi sinar di atas bangku panjang yang bersandar pada dinding terracotta yang mempunyai pokok kaktus.
Lihat semua kusyen luar

Baik untuk perkelahan dan juga planet kita

Sediakan meja yang meriah dengan kelengkapan hidangan TALRIKA. Mangkuk berwarna hijau yang ceria ini dibuat daripada PLA – bahan berasaskan tumbuhan yang lestari, boleh dibaharui dan tahan lama.

Lihat semua set makan malam
Meja meriah yang penuh dengan jagung bertongkol dalam pinggan, mangkuk berisi keju, buah zaitun dan perasa, serta pinggan berisi salad.
Lihat semua set makan malam

Susun atur ruang luar dijadikan mudah

Simpan kusyen, alas dan rantaian pencahayaan di dalam kabinet yang kelihatan indah dan juga kuat bekerja. Kabinet KOLBJÖRN memastikan patio anda sentiasa kemas sementara melindungi barang-barang anda daripada kotoran, hujan dan banyak lagi.

Lihat semua susun atur ruang luar
Dua kabinet luar berwarna kuning air yang mengandungi kusyen berwarna jingga dan corak berjalur-jalur biru yang dilipat serta tong kayu berisi rantaian pencahayaan.
Lihat semua susun atur ruang luar

Tinggikan lagi pokok-pokok anda

Untuk tema pusat peranginan gurun yang bergaya, pamerkan campuran pokok sukulen dan kaktus di atas kaki pokok berwarna pastel. Petua daripada pereka hiasan dalaman kami: Anda boleh juga menggunakannya sebagai meja sisi untuk meletakkan kopi dan minuman.

Lihat semua kaki & pengalih pokok
Tiga kaki pokok berwarna putih, merah jambu dan biru lembut, semuanya menampung pelbagai saiz pasu yang mempunyai pokok kaktus dan sukulen.
Lihat semua kaki & pengalih pokok

Zon santai peribadi

Pada waktu malam dan semua orang sedang tidur, anda boleh menikmati masa bersendirian di tempat yang nyaman dan selesa ini. Berehat, berbaring dan biarkan fikiran anda melayang-layang.

Lihat semua perabot santai & berehat
Ditunjukkan pada waktu malam, kerusi boleh condong berwarna putih di dalam kelambu gantung, rantaian lampu, meja sisi dengan makanan dan lantera berwarna putih.
Lihat semua perabot santai & berehat

Campuran tekstil yang berwarna-warni untuk memastikan keadaan nyaman dan selesa

Lihat semua tekstil
Lihat semua tekstil