Langkau ke kandungan utama

Nikmati hidup anda di ruang luar

Inilah patio yang sangat selesa yang membuatkan anda berasa seperti anda berada di dalam rumah anda. Sangat nyaman dan selesa, perabot dan aksesori ini akan membuatkan anda ingin bersantai dan terus berada di situ hingga waktu makan malam.

Meja luar dengan payung berwarna kuning air, kerusi boleh condong dan kusyen berwarna kelabu gelap, pagar tembok batu bata dan dapur luar.
Meja luar dengan payung berwarna kuning air, kerusi boleh condong dan kusyen berwarna kelabu gelap, pagar tembok batu bata dan dapur luar.

Tempat yang membuatkan anda ingin terus berada di situ selama berjam-jam

Wujudkan ruang santai dan makan yang nyaman dan selesa yang sukar ditinggalkan dengan kerusi boleh condong BONDHOLMEN dan kusyen duduk/sandar JÄRPÖN/DUVHOLMEN. Tinggi kerusi betul-betul sesuai untuk menjamu selera dan kusyen pula menjadikannya lebih selesa lagi.

Lihat semua perabot ruang makan luar
Meja dengan makan malam yang disediakan, payung berwarna kuning air, empat kerusi boleh condong dengan kusyen berwarna kelabu, tembok batu-bata dengan pokok menjalar berwarna ungu.
Lihat semua perabot ruang makan luar

Luangkan tempat untuk lebih ramai tetamu

Apabila lebih ramai tetamu tiba, hanya keluarkan kerusi BONDHOLMEN. Apabila tidak diperlukan, ia mudah dilipat untuk mendapat lebih ruang di patio.

Lihat semua kerusi meja makan
Dua kerusi berwarna kuning air yang dilipat terletak bersandar pada tembok batu bata dengan pokok menjalar berwarna ungu dan tumbuh-tumbuhan hijau dan di belakang kerusi boleh condong.
Lihat semua kerusi meja makan

Dapur di kawasan terbuka

Sediakan makan malam terus di patio anda dengan kombinasi gril, pulau dapur dan sink GRILLSKÄR. Ia bermodul, jadi mudah sahaja bagi anda membuat kombinasi yang sesuai dengan ruang dan keperluan anda.

Lihat semua barbeku
Kombinasi gril, pulau dapur dan sink luar berwarna hitam, mangkuk berisi salad, landas cencang dan lantera kertas tergantung.
Lihat semua barbeku

Cahaya matahari pada waktu malam

Lampu berkuasa suria ini menukarkan cahaya matahari kepada elektrik, dan menyala secara automatik apabila hari beransur gelap. Ia mewujudkan keselesaan serta-merta di patio anda, sementara membantu anda menjimatkan tenaga dan mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.

Lihat semua pencahayaan luar
Empat lantera kertas bulat tergantung pada pokok sementara lampu berkuasa suria tergantung di atas meja yang mempunyai pencuci mulut dan bunga.
Lihat semua pencahayaan luar

Mewah macam kayu

Semua faedah kayu, tanpa kesan buruk. Lantai luar UTLÄNGAN kelihatan dan rasa macam kayu sebenar, tetapi lebih senang dijaga kerana ia dibuat daripada plastik. Ia juga rasa selesa dipijak.

Lihat semua lantai luar
Lantai luar macam kayu, buaian berwarna kuning air dengan dua kusyen corak berjalur-jalur hijau di atasnya, pokok berpasu dan penyapu.
Lihat semua lantai luar

Tempat untuk kusyen anda

Dengan kotak storan TOSTERÖ yang kalis air, anda boleh menyimpan dan melindungi kusyen dan alas anda daripada kotoran, habuk dan hujan – menjadikannya kelihatan baharu dan tahan lebih lama.

Lihat semua perlindungan perabot luar
Kotak storan berwarna hitam yang terletak bersandar pada tembok batu-bata dengan pokok menjalar berwarna ungu dan di belakang kerusi boleh condong, mendedahkan kusyen berwarna hijau.
Lihat semua perlindungan perabot luar