Langkau ke kandungan utama

Cara untuk menjaga pokok hias rumah anda

Tahukah anda bahawa jika anda menjaga pokok hias rumah anda dengan baik, ia juga akan menjaga anda? Selain mengindahkan rumah, sains membuktikan bahawa ia meningkatkan kesejahteraan mengurangkan tekanan dan membantu kreativiti. Beginilah cara untuk membalas kasih sayang teman kehijauan anda.

Seorang sedang duduk di atas sofa berwarna kelabu muda dengan kusyen sambil memegang tumbuhan berpasu yang besar dengan langsir berwarna putih/kelabu di tingkap di belakangnya.
Seorang sedang duduk di atas sofa berwarna kelabu muda dengan kusyen sambil memegang tumbuhan berpasu yang besar dengan langsir berwarna putih/kelabu di tingkap di belakangnya.

Rutin penyiraman yang mudah

Tidak pasti jika tumbuh-tumbuhan perlu disirami air? Cuba ujian ibu jari: Jika tanah di dalam pasu melekat pada ibu jari anda, ia tidak perlu disirami air. Untuk memudahkan lagi penyiraman, ia juga merupakan idea yang baik untuk mengelompokkan tumbuh-tumbuhan yang perlu disirami air pada waktu yang sama. Ingat bahawa tumbuh-tumbuhan perlu disirami lebih banyak air pada musim panas berbanding dengan musim sejuk.

Lihat semua pasu & bekas bunga
Tumbuhan berpasu di dalam pasu GRADVIS berwarna kelabu dan tumbuhan berpasu lain di atas meja konsol berwarna coklat gelap di tepi tingkap yang berlangsir.
Lihat semua pasu & bekas bunga

Jumlah cahaya yang sesuai

Satu lagi petua yang berguna ialah mengelompokkan tumbuh-tumbuhan yang memerlukan jumlah cahaya yang sama. Cahaya matahari yang terang, cahaya tidak langsung atau cahaya tidak kuat membuat perbezaan yang besar, jadi menyemak arahan penjagaan tentang tumbuhan yang anda beli adalah bijak. Jangan lupa menyapu habuk pada daunnya supaya tumbuhan dapat menyerap cahaya dengan baik.

Lihat semua penyiram
Seorang sedang menyapu habuk pada daun tumbuhan berpasu yang besar menggunakan pengabus tumbuhan SESAMFRÖN kaca jernih dan kain lap pinggan berwarna hijau.
Lihat semua penyiram

Petua mudah untuk pemasuan semula

Kotak seperti ini adalah sangat sesuai untuk menyimpan tanah, peralatan dan banyak lagi, dan penutupnya menjadi permukaan kerja yang hebat apabila anda melakukan pemasuan semula, memastikan keadaan kurang berselerak. Teruskan untuk mengudarakan tanah dengan baik – jangan takut untuk mengotorkan tangan anda – dan elakkan membubuh terlalu banyak tanah lama ke dalam pasu baharu anda.

Lihat siri SAMLA
Kotak SAMLA lut sinar yang berisi item-item penanaman terletak di sebelah dua tumbuhan, tindanan pasu dengan piring dan tiga balang kaca.
Kotak SAMLA lut sinar yang berisi item-item penanaman terletak di atas permukaan kerja, di sebelah seorang yang sedang melakukan pemasuan semula tumbuhan ke dalam pasu terracotta.
Lihat siri SAMLA

Bubuh baja untuk menyuburkan tumbuh-tumbuhan anda

Kebanyakan tumbuhan mendapat cukup baja dalam beberapa bulan yang pertama selepas dibeli. Selepas itu, membubuh baja semasa kitaran pertumbuhan puncak, biasanya pada musim bunga-musim panas, adalah paling baik dan kurang dalam tempoh yang selebihnya, biasanya musim sejuk. Selain baja yang dibeli di kedai, mencampurkan sisa makanan seperti keladak kopi ke dalam tanah juga dapat berfungsi dengan baik.

Lihat semua pasu dalam rumah
Dua tumbuhan berpasu yang besar di dalam pasu TÖRNBÄR serat pisang terletak di sebelah kaki pokok berwarna hitam dan tingkap dengan langsir berwarna putih/kelabu.
Lihat semua pasu dalam rumah

Keratan tumbuhan memberi anda permulaan yang segar

Jika anda menyukai tumbuh-tumbuhan, menanam keratan anda sendiri mendatangkan kepuasan. Paling baik untuk menanamnya dalam air semasa musim bunga supaya ia berakar tepat pada masanya untuk musim panas. Kemudian, hanya pindahkannya ke dalam pasu yang sesuai berisi tanah baharu. Jangan lupa bertukar-tukar beberapa daripadanya dengan kawan-kawan untuk mendapat tumbuhan baharu.

Lihat semua vas
Keratan tumbuhan di dalam vas kaca BERÄKNA di sebelah keratan tumbuhan lain di dalam vas kaca di atas dulang bulat kayu walnut yang terletak di atas meja konsol.
Lihat semua vas