Langkau ke kandungan utama

Cara untuk menggunakan penulen udara FÖRNUFTIG

Tahukah anda bahawa udara yang anda hidu dalam bangunan boleh menjadi lebih tercemar daripada udara di jalanan di luar? Penulen udara FÖRNUFTIG yang baharu dari IKEA memudahkan untuk menambah baik udara dalam bangunan dengan harga yang berpatutan. Ketahui selanjutnya tentang cara untuk menggunakan penulen udara dan cara ia boleh menambah baik kesihatan dan kesejahteraan anda di bawah.

Katil di hadapan tingkap dan di sebelah almari berlaci dengan penulen udara FÖRNUFTIG di atasnya.
Katil di hadapan tingkap dan di sebelah almari berlaci dengan penulen udara FÖRNUFTIG di atasnya.

Mengapakah saya perlu menulenkan udara dalam bangunan?

Apabila anda berfikir tentang pencemaran udara, biasanya anda mengaitkannya dengan udara yang kotor yang terdapat di luar, tetapi ia juga ada di rumah kita. Partikel yang dibebaskan daripada menggoreng makanan, menggunakan pendiangan, atau daripada pencemaran udara di luar bangunan memasuki ke dalam, serta pelbagai bahan cemar bergas seperti formaldehid, yang boleh ditemui dalam barangan seperti produk pencuci/keperluan rumah serta pelbagai fabrik dan bahan di rumah anda, hanya beberapa punca biasa bagi udara tercemar dalam bangunan. Apabila kita meluangkan lebih masa di rumah, kualiti udara dalam bangunan penting untuk kesihatan dan kesejahteraan kita.

Terokai semua produk kualiti udara
Gambar dekat penulen udara FÖRNUFTIG berwarna putih yang diletakkan di atas almari berlaci warna putih di sebelah serahi kaca.
Terokai semua produk kualiti udara

Bagaimanakah penulen udara FÖRNUFTIG berfungsi?

Penulen udara FÖRNUFTIG membersihkan udara daripada bahan cemar seperti bau, habuk, asap, debunga dan bahan kimia menggunakan partikel dan/atau penapis gas. Ini menambah baik kualiti udara dalam bangunan dan menjadikan rumah tempat yang lebih selamat dan sihat untuk anda dan orang tersayang.

Terokai semua produk kualiti udara
Penulen udara FÖRNUFTIG berwarna putih diletakkan di atas lantai kayu pada sangga berwarna putih di sebelah katil.
Terokai semua produk kualiti udara

Bagaimanakah cara untuk saya menggunakan penulen udara FÖRNUFTIG?

Satu penulen udara FÖRNUFTIG boleh menulenkan udara di kawasan sehingga 8-10 meter persegi, dan mempunyai tiga mod kerja berbeza-beza (rendah hingga tinggi, 1-3) untuk disesuaikan dengan pelbagai keperluan. Tetapkan penulen udara kepada mod tidur (1, mod terendah) pada waktu malam supaya anda boleh tidur tanpa gangguan semasa udara di bilik tidur anda dibersihkan.

Terokai semua produk kualiti udara
Gambar dekat dail penulen udara FÖRNUFTIG berwarna putih yang menunjukkan tiga kelajuan berbeza-beza.
Terokai semua produk kualiti udara

Buatkan penulen udara FÖRNUFTIG anda lebih pintar dengan salur keluar kawalan tanpa wayar

Gabungkan penulen udara dengan salur keluar kawalan tanpa wayar TRÅDFRI yang membolehkan anda menghidupkan dan mematikannya dari mana-mana di dalam bilik menggunakan alat kawalan jauh. Jika anda juga menyambungkannya kepada sistem Rumah pintar IKEA dengan aplikasi, anda boleh menambah pemasa dan memacunya dari telefon anda semasa anda di rumah.

Lihat semua peranti & aksesori pemacuan
Tangan seseorang memegang suis hidup/mati alat kawalan jauh dari kit salur keluar TRÅDFRI berdekatan palam yang dipasang ke dalam soket dinding.
Lihat semua peranti & aksesori pemacuan

Di manakah tempat terbaik untuk meletakkan penulen udara FÖRNUFTIG?

Penulen udara FÖRNUFTIG mudah diletakkan di rumah anda, hanya pastikan aliran udara tidak terhalang oleh objek lain dan tiada siapa menghadap secara terus ke salur keluar udara bagi mengelakkan draf yang tidak selesa. Anda boleh melekapkannya pada dinding secara menegak atau mendatar untuk menjimatkan ruang, atau gunakan dengan sangga yang disertakan di atas meja atau di atas lantai. Ia juga mempunyai pemegang yang boleh ditanggalkan jadi anda mudah membawanya dari satu ruang ke ruang lain.

Terokai semua produk kualiti udara
Penulen udara FÖRNUFTIG digantung pada dinding berwarna kelabu di atas katil kanak-kanak di sebelah burung diperbuat daripada kertas dan kadbod.
Terokai semua produk kualiti udara

Siapakah yang boleh menggunakan penulen udara?

Udara yang lebih bersih bermanfaat untuk semua orang, tetapi ia membantu terutama sekali untuk orang yang menghidap pelbagai jenis penyakit seperti asma, alahan dan penyakit pernafasan. Penulen udara FÖRNUFTIG memberikan cara yang selamat untuk menambah baik kualiti udara untuk seluruh keluarga dan boleh digunakan di semua ruang termasuk bilik tidur kanak-kanak – hanya pastikan anda meletakkannya jauh dari capaian tangan si kecil yang sibuk dan pasang kord pada dinding secara kukuh.

Terokai semua produk kualiti udara
Penulen udara FÖRNUFTIG berwarna hitam diletakkan di atas lantai kayu pada sangga berwarna hitam di sebelah langsir lut sinar berwarna putih.
Terokai semua produk kualiti udara

Bagaimana dengan penapis penulen udara FÖRNUFTIG?

Semua penulen udara FÖRNUFTIG mengandungi prapenapis di hadapan buatan tekstil yang memerangkap partikel besar seperti habuk dan rambut serta boleh dibersihkan dengan vakum. Di dalamnya terdapat penapis yang boleh digantikan untuk pembuangan partikel. Ia penapis HEPA 12 yang menyerap kira-kira 99.95 peratus partikel bawaan udara yang lebih kecil seperti habuk dan debunga sehingga berkurangan kepada PM2.5 (saiz partikel 2.5um). Selain daripada ini, anda boleh menambah penapis yang boleh digantikan untuk pembersihan gas, iaitu penapis karbon yang mensasarkan bahan cemar bergas seperti formaldehid daripada produk pencuci dan fabrik di rumah, dan juga mengurangkaan bau yang tidak menyenangkan daripada memasak, asap dan VOC lain. Penapis untuk pembuangan partikel dan penapis untuk pembersihan gas yang tidak boleh dicuci, ia hanya boleh digantikan.

Terokai semua produk kualiti udara
Seseorang sedang menanggalkan penapis partikel daripada penulen udara FÖRNUFTIG berwarna putih yang diletakkan di atas almari berlaci warna putih.
Terokai semua produk kualiti udara

Bagaimana dengan menggantikan penapis?

Penapis HEPA 12 untuk pembuangan partikel dan penapis untuk pembersihan gas perlu diperiksa secara kerap, dan disyorkan untuk digantikan sekurang-kurangnya setiap enam bulan. Walau bagaimanapun, setiap rumah berbeza-beza. Periksa penapis secara kerap untuk melihat sama ada ia kotor. Penunjuk LED juga menyala apabila anda perlu memeriksa penapis dan berkemungkinan menggantikannya. Untuk membuka unit, hanya tarik tag di sebelah kanan dan longgarkan prapenapis. Tanggalkan prapenapis untuk mengakses partikel dan/atau penapis gas di belakang untuk penggantian.

Terokai semua produk kualiti udara
Seseorang sedang menanggalkan penapis partikel daripada penulen udara FÖRNUFTIG berwarna hitam yang diletakkan di atas almari berlaci warna putih.
Terokai semua produk kualiti udara