Langkau ke kandungan utama

6 cara dengan hiasan dinding

Mendapatkan rasa kehidupan di rumah yang menenangkan tidak perlu mahal atau mencabar. Ini ialah enam petua mudah tentang cara untuk memperindahkan bahagian dalaman anda menggunakan hiasan dinding.

Katil dengan linen katil berwarna biru/putih di hadapan dinding kayu yang dihiaskan dengan pelbagai gambar dalam warna hitam, putih dan kelabu.
Katil dengan linen katil berwarna biru/putih di hadapan dinding kayu yang dihiaskan dengan pelbagai gambar dalam warna hitam, putih dan kelabu.

1. Buat papan emosi anda sendiri

Papan notis memberikan kefleksibelan, jadi anda boleh mengubah hiasan anda untuk disesuaikan dengan musim atau apa jua yang menginspirasikan anda sekarang. Tarik perhatian pada dinding anda apabila malam tiba dengan pencahayaan suasana seperti lampu dinding SKURUP yang abadi untuk sentuhan industri.

Lihat semua papan notis
Koridor dengan papan memo SVENSÅS berwarna coklat gelap dan pin yang menunjukkan pelbagai poster, bulu pelepah dan beberapa lampu dinding yang menyala.
Lihat semua papan notis

2. Gabung dan padankan bingkai foto

Berani untuk menggabungkan pelbagai gaya bingkai untuk rupa unik anda sendiri yang juga menyeronokkan. Tambah dinding karya seni anda menggunakan permukaan seperti meja atau laci pada dinding untuk mempamerkan lebih banyak barang, membuatkan dinding galeri anda titik tumpuan bagi bilik.

Lihat semua bingkai gambar & foto
Cermin dan beberapa poster pada dinding berwarna hijau cerah di atas pameran pelbagai barang di atas gabungan storan BESTÅ berwarna putih.
Lihat semua bingkai gambar & foto

3. Ceriakan ruang yang suram

Dapatkan dinding kosong di rumah anda – sudut di sebelah tingkap ialah pilihan yang hebat kerana ia memdapat manfaat daripada cahaya semula jadi. Gantung barisan belebas tingkap MOSSLANDA pada dinding, kemudian tambah cetakan berbingkai kegemaran anda. Pasangankan dengan langsir berwarna neutral untuk membolehkan dinding karya seni anda mengungkapkannya.

Lihat semua belebas gambar
3 baris mendatar bagi belebas gambar MOSSLANDA berwarna hitam pada dinding yang mempamerkan pelbagai cetakan di dalam bingkai berwarna hitam di sebelah tingkap.
Lihat semua belebas gambar

4. Reka bentuk beberapa karya seni DIY

Anda tidak perlu menjadi pelukis yang mahir untuk mewarnakan karya seni anda sendiri. Mulakan dengan memilih warna yang anda sukakan dan warnakan bentuk abstrak yang berbeza-beza. Lekatkan karya seni anda yang telah selesai pada dinding menggunakan pita washi supaya anda boleh ubah kedudukan dan menukar karya seni anda tanpa merosakkan dinding anda.

Lihat siri MÅLA
Lampu di sebelah kerusi berlengan buatan rotan dengan kusyen di atas di bilik dengan gambar warna dilekatkan pada dinding kayu.
Lihat siri MÅLA

5. Buatkan pameran moden dengan storan

Sambil menyelam minum air dengan menggunakan bod pepaku untuk menyusun rumah anda dan menghiaskan dinding anda pada masa yang sama. Tambah pelbagai aksesori seperti pencangkuk, para-para dan bekas yang mudah ditanggalkan dan digantikan untuk dipasang bagi kefleksibelan maksimum.

Lihat siri SKÅDIS
Bod pepaku SKÅDIS berwarna putih dengan aksesori yang mengandungi pelbagai barang pada dinding di atas meja LAGKAPTEN/MITTBACK berwarna putih/buatan kayu birch.
Lihat siri SKÅDIS

6. Jimat masa dengan karya seni sedia untuk digantungkan

Mulakan dengan memilih satu set cetakan yang menggambarkan sesuatu yang anda sukakan, di sini pengembaraan. Aturkan gambar untuk membuat kolaj dinding anda sendiri dan pamerkan perhiasan kecil dan memorabilia anda yang sesuai dengan tema di dalam kabinet kaca klasik seperti MILSBO ini di bawahnya.

Lihat semua hasil seni yang sedia untuk digantungkan
Set 9 gambar PJÄTTERYD menunjukkan pemandangan pantai pada dinding berwarna biru pucat di atas kabinet pintu kaca MILSBO berwarna putih.
Lihat semua hasil seni yang sedia untuk digantungkan