Langkau ke kandungan utama

Ruang tamu yang selesa untuk bermain dan bersantai

Ruang tamu yang kecil ini penuh dengan keseronokan, terutamanya untuk anak kecil anda. Dengan perabot tahan lama, pencahayaan yang selesa dan penyelesaian pintar, anda dapat mewujudkan ruang yang membolehkan anda dan anak-anak anda berseronok duduk bersama-sama di situ.

Sofa 3 tempat duduk dengan chaise longue, unit rak berpintu, kerusi berlengan pusing, meja kopi dan mainan.
Sofa 3 tempat duduk dengan chaise longue, unit rak berpintu, kerusi berlengan pusing, meja kopi dan mainan.

Pengaturan para dijadikan mudah

Letakkan buku dan bahan seni kanak-kanak di para paling bawah supaya anda kecil anda dapat mengambilnya dengan mudah. Untuk kelihatan lebih kemas, anda boleh meletakkan benda-benda di dalam kotak storan berpenutup dan fail majalah. Petua berguna: Lampu sorot LED yang dipasang di dalam para terbuka mewujudkan suasana yang sungguh nyaman dan selesa.

Lihat siri KALLAX
Lihat siri KALLAX

Tempat selesa yang mempunyai kelainan

Kerusi berlengan pusing ini bukan sahaja baik untuk imaginasi anak anda, tetapi juga perkembangan deria mereka. Turunkan hudnya, ia menjadi tempat bersendirian yang nyaman dan selesa. Putarkannya, ia membangunkan keseimbangan mereka. Tetapi yang lebih penting, ia sungguh menyeronokkan!

Lihat semua kerusi berlengan kanak-kanak
Lihat semua kerusi berlengan kanak-kanak

Tidak mengapa jika keadaan tidak teratur

Kaki kotor dan spageti tertumpah – kehidupan dengan anak-anak adalah menyeronokkan dan tidak teratur. Dengan sarung sofa yang boleh ditanggalkan dan dibasuh, anda tidak perlu bimbang sangat tentang masa pembersihan.

Lihat semua sarung sofa & kerusi berlengan
Lihat semua sarung sofa & kerusi berlengan

Bolehkah anda tahan dengan kecomelan ini?

Alamilah kenyamanan dan keselesaan di atas sofa dengan kombinasi tekstil yang mudah disukai. Tempat yang sempurna untuk tidur sekejap, masa bercerita dan berdakapan.

Lihat semua tekstil kanak-kanak
Lihat semua tekstil kanak-kanak

Penyiasat kualiti udara di rumah anda

Sensor kualiti udara yang mudah digunakan ini mengesan zarah di udara di dalam rumah anda. Gabungkannya dengan pembersih udara FÖRNUFTIG untuk meningkatkan kualiti udara di dalam rumah. Dengan reka bentuknya yang kecil dan nipis, sensor ini dapat bersepadu dengan persekitarannya – betul-betul seperti penyiasat sebenar.

Lihat semua elektronik rumah
Lihat semua elektronik rumah