Langkau ke kandungan utama

Ruang tamu yang penuh dengan barang-barang kegemaran anda

Biarkan objek-objek kesayangan anda mempunyai ruang untuk memberitahu kisah masing-masing dengan bantuan beberapa kabinet pameran di ruang tamu anda. Letakkannya bersandar pada dinding dan anda masih ada banyak ruang untuk mewujudkan tempat duduk yang nyaman dan selesa untuk anda dan orang-orang yang anda sayangi.

Sofa dua tempat duduk BACKSÄLEN warna asli dengan dua meja kopi berwarna hitam di hadapannya dan dua kabinet berpintu kaca HAUGA berwarna kelabu di belakangnya.
Sofa dua tempat duduk BACKSÄLEN warna asli dengan dua meja kopi berwarna hitam di hadapannya dan dua kabinet berpintu kaca HAUGA berwarna kelabu di belakangnya.

Zon selesa anda

Dengan tempat duduk yang dalam dan bentuk yang menarik, sofa ini pasti selesa untuk menghabiskan masa yang lama menonton wayang dengan keluarga, berbual panjang dengan rakan-rakan dan menikmati masa bersendirian. Sarungnya juga boleh ditanggalkan dan dibasuh, jadi anda boleh bertenang dan memilih warna yang sesuai dengan gaya anda.

Lihat semua sofa
Sofa dua tempat duduk BACKSÄLEN warna asli dengan dua meja kopi berwarna hitam di hadapannya dan kabinet berpintu kaca HAUGA berwarna kelabu di belakangnya.
Lihat semua sofa

Kabinet yang mempunyai ciri tersendiri

Tunjukkan personaliti anda di ruang tamu dengan mempamerkan buku dan barang-barang kegemaran anda. Kabinet berpintu kaca ini berfungsi untuk mempamerkan barang-barang dan melindunginya daripada habuk. Tepi bersudut di bahagian atas membantu anda membingkaikan aturan anda, walaupun berkali-kali anda membuat keputusan untuk mengubahnya.

Lihat semua kabinet & almari
Dua kabinet berpintu kaca HAUGA berwarna kelabu gelap terletak sebelah-menyebelah bersandar pada dinding dengan banyak objek di atasnya, dan lampu terlekap pada dinding di atas.
Lihat semua kabinet & almari

Barang-barang anda jelas kelihatan

Sesetengah barang patut dilihat dari semua sudut, dan dengan tiga sisi kaca, kabinet pameran kaca ini ialah tempat yang sempurna untuk melindungi barang-barang kesayangan anda. Ia mendapat tempat istimewa di ruang tamu anda, dan anda tidak perlu bimbang tentang habuk – atau apa-apa kemalangan kecil.

Lihat semua kabinet pameran
Kabinet pameran kaca FABRIKÖR yang penuh dengan barang-barang kaca, terletak di antara dua tingkap. Terdapat tumbuh-tumbuhan di atasnya dan di sisinya.
Lihat semua kabinet pameran

Lantai anda, ditutup dengan bergaya

Biarkan lantai yang menimbulkan tanggapan, seperti ambal tenunan Scandinavia yang tradisional ini, menceriakan ruang anda. Hasil kraftangan yang dibuat daripada bulu biri-biri yang tulen, ia lembut, tahan lama dan kelihatan indah untuk masa yang lama. Jangan gunakan satu sahaja – cuba letakkan dua sebelah-menyebelah di ruang yang lebih besar untuk kesan berganda.

Lihat semua ambal
Dua kerusi berlengan dan dua meja kopi berwarna hitam di atas dua ambal VAMDRUP yang diletakkan sebelah-menyebelah di atas lantai supaya kelihatan seperti satu ambal.
Lihat semua ambal

Storan tersembunyi yang berguna

Apabila anda memerlukan lebih sedikit storan, sofa BACKSÄLEN sedia membantu. Dengan banyak ruang untuk kotak storan di bawahnya, ia sangat sesuai untuk menyimpan benda-benda seperti sarung kusyen, alas, majalah, barang-barang kegemaran, album lama dan apa jua yang boleh anda fikirkan.

Lihat semua kotak & bakul storan
Kerusi berlengan BACKSÄLEN warna asli dengan dua kotak storan berwarna kelabu di atas lantai di sisinya. Penutup salah satunya terbuka dan alas disimpan di dalamnya.
Lihat semua kotak & bakul storan