Langkau ke kandungan utama

Ruang tamu yang bergaya dengan suasana yang tenang

Keselesaan, pernyataan kendiri dan gaya bertemu di ruang tamu yang indah ini. Bahan sentuhan dan warna neutral mewujudkan suasana yang nyaman dan selesa di ruang itu, sementara perabot yang fleksibel memudahkannya untuk mewujudkan ruang untuk bekerja dari rumah.

Ruang tamu dengan sofa 3 tempat duduk berwarna putih dan kerusi berlengan 1.5 tempat duduk, ambal tenunan rata dan perabot daripada siri FJÄLLBO.
Ruang tamu dengan sofa 3 tempat duduk berwarna putih dan kerusi berlengan 1.5 tempat duduk, ambal tenunan rata dan perabot daripada siri FJÄLLBO.

Tempat yang nyaman dan selesa untuk berdakapan

Sofa yang cantik ini mempunyai banyak ruang untuk anda meregangkan badan dan berbaring dengan selesa. Lebih bagi lagi, sarung sofa ini boleh ditanggalkan dan dibasuh di dalam mesin basuh, memudahkannya agar sentiasa bersih.

Lihat semua sofa
Lihat semua sofa

Kerusi berlengan kegemaran anda

Kami amat meminati kerusi berlengan, dan kami benar-benar menyukai yang ini kerana saiznya yang besar. Tempat yang sempurna untuk membaca, mendengar muzik dan tidur sekejap yang tidak dirancang!

Lihat semua kerusi berlengan & chaise longue
Lihat semua kerusi berlengan & chaise longue

Bekerja di rumah dengan penuh gaya

Perlukan sudut untuk bekerja dari rumah? Mudah sahaja bagi anda menyusun semula ruang tamu anda dan mewujudkan sudut yang memberikan inspirasi dengan meja komputer riba beroda ini. Dibuat daripada kayu padu dan logam, gayanya dalam keadaan yang benar-benar harmoni dengan perabot lain.

Lihat siri FJÄLLBO
Lihat siri FJÄLLBO

Para yang mempamerkan diri anda

Para dinding mengubah dinding kosong menjadi muzium tentang anda. Pamerkan buku kesukaan anda, kamera kegemaran anda dan batu istimewa yang anda jumpai semasa percutian anda – dan nikmati pameran mini ini tentang hidup anda.

Lihat semua para dinding
Lihat semua para dinding