Langkau ke kandungan utama

Ruang tamu yang anggun dan menyantaikan untuk dua orang

Keselesaan dan gaya wujud seiring di ruang tamu yang mempunyai warna terselaras ini yang menjadikan kerusi boleh rebah EKOLSUND sebagai tumpuan utama. Ia boleh dilaraskan kepada tiga kedudukan: duduk tegak, bersandar atau berbaring untuk tidur sekejap. Bagaimanakah anda mahu bersantai hari ini?

Nikmati minuman waktu petang anda dan bermain teka silang kata dengan duduk di EKOLSUND. Kerusi boleh rebah ini dapat dilaraskan dengan mudah kepada tiga kedudukan – pilih sama ada anda mahu duduk tegak, bersandar atau berbaring untuk tidur sekejap.

Apabila dua menjadi satu – ambal STOENSE mempunyai pail tebal yang menyembunyikan tepinya, jadi mudah untuk menimbulkan tanggapan terdapatnya satu ambal yang lebih besar di ruang tamu anda. Lagipun siapa yang tidak mahu memijak permukaan yang lebih lembut dan selesa?

Biarkan TV anda bersepadu dengan sempurna dengan dinding gambar anda dengan melekapkan TV dan bingkai secara sofistikated dan indah.

Wujudkan suasana yang anggun dengan bantuan langsir nipis. Ia mengurangkan keamatan cahaya di ruang tamu anda dan menyekat silauan yang menjengkelkan pada skrin TV anda.

Jadi kreatif menggunakan storan terbuka anda dengan bantuan EKET. Saiz, warna dan kedalaman yang berbeza membolehkan anda memperibadikan storan dinding anda menjadi kesempurnaan sofistikated yang boleh anda gunakan untuk mempamerkan item hiasan anda dan banyak lagi.