Langkau ke kandungan utama

Ruang tamu untuk bersantai

Berehat, bersantai dan lakukan perkara yang anda sukai (atau tidak melakukan apa-apa!) di ruang tamu yang tenang dan selesa ini. Menampilkan sofa yang amat selesa, penyelesaian storan pintar untuk menyimpan barang-barang dengan kemas, malah perpustakaan mini – ruang kecil ini sangat selesa, nyaman dan bergaya.

Sofa yang bersandaran tinggi berwarna firus lembut, rangkaian meja, kabinet terbuka berwarna kelabu firus yang mengandungi buku, bakul dan fail di tepi tingkap.
Sofa yang bersandaran tinggi berwarna firus lembut, rangkaian meja, kabinet terbuka berwarna kelabu firus yang mengandungi buku, bakul dan fail di tepi tingkap.

Tempat yang sempurna untuk berehat

Direka bentuk dengan mengutamakan keselesaan, sofa VINLIDEN mempunyai sandaran tinggi untuk memberikan sokongan kepada bahagian leher dan kepala. Anda dapat berehat dan merebahkan diri ke kusyen empuk yang besar sambil menonton wayang, membaca buku yang bagus atau bersembang dengan orang-orang yang disayangi hingga larut malam.

Sofa yang bersandaran tinggi berwarna firus lembut terletak berlatarbelakangkan dinding berwarna hijau lumut, cermin bulat, kusyen berwarna kuning air gelap, lampu bacaan berwarna hitam.

Dua atau satu meja?

Rangkaian meja yang boleh diletakkan bersama untuk menjimatkan ruang memang sempurna untuk ruang kecil. Terdapat juga ruang di bawahnya untuk menyimpan barang-barang yang anda selalu gunakan agar mudah dicapai.

Lihat semua meja kopi & meja sisi
Rangkaian meja kaca dan logam berwarna hitam dengan permainan, bakul dan kotak di bahagian bawah dan bertih jagung, biskut dan minuman di bahagian atas.
Lihat semua meja kopi & meja sisi

Tekstil berwarna pasir

Rahsia menggabung padan tekstil? Pilih corak yang berbeza-beza sementara gunakan satu palet warna. Kusyen, langsir dan ambal berwarna coklat dan kuning air memberikan penampilan yang tenang dan terselaras.

Lihat semua tekstil
Sofa berwarna firus dengan kusyen berwarna coklat dan kuning air, ambal berwarna kuning air, langsir berwarna kuning air dan jingga, cermin bulat yang besar.
Lihat semua tekstil

Dinding yang membuatkan anda tersenyum

Jadikan ruang anda lebih peribadi dengan mempamerkan barang-barang kegemaran dan tanda mata istimewa anda dengan kombinasi storan lekap dinding EKET.

Lihat semua unit rak
Lima unit rak macam bentuk kiub berwarna hitam, kuning, kuning air, putih dan biru terlekap pada dinding dengan item-item hiasan dalamnya.
Lihat semua unit rak

Kawasan TV yang anggun dan kemas

Bukan sahaja TV yang pintar! Kabinet TV BESTÅ menggabungkan penampilan yang indah dengan ciri-ciri yang praktikal, menjadikan konsol anda teratur dan kord tidak dapat dilihat. Oleh sebab ia tergantung pada dinding, membersihkan lantai menjadi lebih mudah.

Lihat sistem storan BESTÅ
TV berwarna hitam pada dinding berwarna hijau lumut. Kabinet TV berwarna putih tergantung di bawahnya dengan pembesar suara berwarna putih, konsol, kotak dan perhiasan.
Lihat sistem storan BESTÅ

Ceruk yang selesa untuk cerita yang tidak terkira banyaknya

Pernahkah anda bermimpi untuk memiliki perpustakaan anda sendiri? Ini hampir-hampir memenuhi impian anda. Anda boleh mewujudkan ruang bacaan yang selesa dengan kombinasi kabinet berkaki EKET dan kerusi berlengan yang bersandaran tinggi BINGSTA.

Lihat semua kerusi berlengan & chaise longue
Ceruk bacaan yang mempunyai kerusi berlengan berwarna kuning, lampu bacaan berwarna hitam, kabinet berwarna kelabu firus yang mengandungi buku dan kotak di tepi tingkap.
Lihat semua kerusi berlengan & chaise longue

Semua yang anda perlukan untuk ruang tamu impian anda

Rasa berinspirasi? Di sini ada semua yang anda perlukan untuk mewujudkan ruang tamu yang selesa dan pelbagai fungsi dengan banyak ruang storan.

Lihat semua perabot
Lihat semua perabot