Langkau ke kandungan utama

Ruang tamu rumah ladang yang selesa yang penuh dengan perincian anggun

Setiap sudut ruang tamu tradisional ini mempunyai kisahnya yang tersendiri. Walaupun penuh dengan kerja seni, buku dan koleksi, ruang itu masih tenang dan anggun. Menampilkan idea untuk mempamerkan koleksi dan mewujudkan kawasan hobi di ruang tamu, ruang gaya rumah ladang ini mempunyai suasana yang tenang sementara masih selesa dan menarik.

Ruang tamu gaya rumah ladang yang mempunyai banyak kerja seni berbingkai dan buku, dua sofa ESSEBODA dan kombinasi storan HAVSTA.
Ruang tamu gaya rumah ladang yang mempunyai banyak kerja seni berbingkai dan buku, dua sofa ESSEBODA dan kombinasi storan HAVSTA.

Penggayaan tradisional 101: Kekonsistenan dan perincian

Mendapatkan wajah yang sesuai dalam gaya tradisional adalah tentang perincian: bentuk bulat, kun alur dan kaki berpintal sofa, pintu berpanel kabinet, reka bentuk lampu. Pengulangan juga menguatkan lagi wajahnya: dua sofa, dua meja kopi, berbilang kabinet – semuanya dalam gaya klasik yang sama.

Lihat semua sofa
Ruang tamu yang mempunyai sofa ESSEBODA berwarna Knäbäck antrasit/kayu birch dan kombinasi storan dengan pintu kaca HAVSTA berwarna putih.
Dua sofa ESSEBODA dengan dua meja KRAGSTA terletak di atas ambal VESTERVIG di ruang tamu gaya tradisional.
Lihat semua sofa

Lebih banyak (meja kopi dan bangku panjang), lebih meriah

Di sini, kami menggabungkan berbilang meja kopi dan satu bangku panjang – dalam bentuk dan tekstur yang berbeza – untuk mewujudkan imbangan visual dan tentu sekali untuk menambah fungsi. Bangku panjang itu boleh digunakan sebagai permukaan tambahan, tempat untuk mengunjurkan kaki anda atau tempat duduk tambahan apabila diperlukan.

Bangku panjang dengan storan ESSEBODA, sofa ESSEBODA, rangkaian meja KRAGSTA berwarna hitam dan meja kopi KRAGSTA berwarna hitam.
Bangku panjang dengan storan ESSEBODA berwarna Knäbäck antrasit/kayu birch dengan sofa tiga tempat duduk ESSEBODA berwarna Knäbäck antrasit/kayu birch.

Wujudkan kawasan hobi yang menarik di ruang tamu anda

Meletakkan sofa di tengah-tengah ruang mewujudkan kawasan hobi di bahagian belakang. Perhatikan bahawa reka bentuk meja ala desa dan kerusi gaya industri menyerlahkan lagi wajah rumah ladang. Bonus: meja itu menyembunyikan radiator dengan bijak tanpa menghalangnya.

Lihat semua kerusi meja untuk rumah
Meja dengan dua laci HEMNES yang mempunyai lampu kerja kesan piuter di atasnya dan kerusi pusing KULLABERG berwarna hitam.
Lihat semua kerusi meja untuk rumah

Pamer dengan cara yang mempesonakan

Kerja seni, hobi, koleksi dan semua barang yang anda sukai. Inilah cara untuk mempamerkan semuanya dengan anggun – maksimalisme dilakukan dengan cara yang tenang. Menggunakan bingkai dan belebas dalam warna yang sama dan mempamerkan item-item di belakang pintu kaca membuat wajah keseluruhan tenang dan tidak menonjol. Lampu sorot dan lampu menambah sentuhan seni.

Lihat siri HAVSTA
Dua kabinet dengan ketapak HAVSTA berwarna putih, lampu meja SNÖBYAR, gambar pada dinding dan meja kopi KRAGSTA berwarna hitam.
Kombinasi storan dengan pintu kaca HAVSTA berwarna putih yang mempunyai item-item di atas para dan lampu, perhiasan dan tumbuh-tumbuhan di bahagian atas.
Lihat siri HAVSTA

Tempat untuk segala-galanya dan semua orang yang anda sukai

Ini pastinya tempat yang penuh dengan barang-barang, perabot, kerja seni dan banyak lagi – tetapi semuanya berfungsi dengan mengagumkan dengan cara yang tenang. Kekonsistenan dalam pemilihan perabot gaya tradisional dan palet warna yang tidak menonjol yang digunakan di seluruh ruang – kelabu, putih dan hitam – membantu menyatukan wajahnya.

Lihat semua sofa
Ruang tamu tradisional yang mempunyai bangku kaki ESSEBODA, dua sofa ESSEBODA, lampu lantai KINNAHULT dan kombinasi storan.
Lihat semua sofa

Lihat lebih banyak ruang tamu yang memberikan inspirasi