Langkau ke kandungan utama

Ruang tamu moden pertengahan abad untuk zaman moden

Diinspirasikan oleh hiasan dalaman moden pertengahan abad yang bergaya? Anda boleh mewujudkan wajah ini di rumah anda dengan cara yang mudah diperoleh dan pada harga yang berpatutan. Kami membantu memisahkan elemen hiasan dalaman untuk mencipta semula wajah ini untuk zaman moden. Menampilkan bentuk yang kemas, warna neutral dan sedikit warna hangat, ruang tamu ini adalah minimal, berangin dan abadi.

Ruang tamu yang cerah yang berpusat pada sofa tiga tempat duduk setengah dengan chaise longue JÄTTEBO dan kabinet lekap dinding EKET.
Ruang tamu yang cerah yang berpusat pada sofa tiga tempat duduk setengah dengan chaise longue JÄTTEBO dan kabinet lekap dinding EKET.

Gaya moden pertengahan abad dengan ciri kontemporari

Sofa ini memenuhi semua keperluan untuk memperoleh wajah retro: belakang yang rendah, bucu yang lembut, bentuk yang minimal dan sarung korduroi berwarna hijau – tetapi bukan setakat itu sahaja. Di bawah tempat duduknya terdapat storan tersembunyi yang luas untuk menyimpan segala-galanya daripada bantal tambahan kepada konsol permainan.

Lihat siri JÄTTEBO
Ruang tamu yang mempunyai sofa tiga tempat duduk setengah JÄTTEBO berwarna kuning-hijau gelap, chaise longue sofa itu dinaikkan untuk mendedahkan storan di dalamnya.
Lihat siri JÄTTEBO

Perabot berwajah vintaj

Tempat duduk yang rendah, tepi bulat dan perincian seperti fabrik korduroi merupakan ciri reka bentuk moden pertengahan abad. Lampu kertas juga menjadikan tempat ini kelihatan lebih menarik. Benar-benar vintaj atau tidak, itu tidak penting: yang pentingnya terus mengekalkan gayanya. Lebih baik lagi, perabot ini dibaharui dengan keselesaan moden.

Lihat semua perabot
Ruang tamu yang mempunyai kerusi berlengan dan bangku kaki HAVBERG berwarna kelabu-hitam. Cahaya siang menembusi langsir DYTÅG berwarna kuning air gelap.
Meja dengan pembersih udara STARKVIND di ruang berlantaikan kayu yang disinari cahaya matahari samar-sama menembusi langsir DYTÅG berwarna kuning air gelap.
Lihat semua perabot

Warna hangat dan kayu berwarna gelap diimbangi dengan ton warna neutral

Di ruang ini, dinding berwarna putih mengimbangi sedikit warna yang mengingatkan kita kepada era tersebut: warna karat gurun, hijau tanah dan mustard hangat. Kayu berwarna gelap menjadikan ruang itu lebih hangat lagi. Tekniknya ialah jangan gunakan warna secara berlebihan dan untuk mengimbanginya dengan ton warna neutral.

Bunga-bunga berwarna kuning di dalam vas KONSTFULL berwarna hijau-coklat di tengah-tengah tindanan buku di atas meja kopi LISTERBY di sebelah sofa JÄTTEBO.
Ruang tamu yang mempunyai sofa dengan chaise longue JÄTTEBO berwarna kuning-hijau gelap di tepi tingkap yang ditutup dengan langsir DYTÅG berwarna kuning air gelap.
Meja dengan pembersih udara STARKVIND berwarna coklat gelap dan venir kayu oak berwarna di sebelah sofa JÄTTEBO di ruang tamu berlantaikan kayu.
Tumbuhan yang berdaun lebat mencuar tinggi melampaui kusyen SANELA berwarna coklat keemasan dan hijau buah zaitun muda yang terletak di atas sofa JÄTTEBO berwarna kuning-hijau gelap.
Ruang tamu yang mempunyai sofa dengan chaise longue JÄTTEBO berwarna kuning-hijau gelap terletak di atas ambal BRÖNDEN berwarna merah dan beraneka warna.

Kombinasi storan dan pameran seni yang menyerlah

Kombinasi storan menjadi tumpuan di ruang ini dan berfungsi sebagai hiasan dan juga storan yang praktikal. Peletakan modul dengan cara yang menarik menambahkan elemen yang aneh di ruang tamu ini sementara kebanyakannya yang berwarna putih mengimbangi perabot yang lebih berwarna-warni – memastikannya kelihatan minimal dan berangin.

Lihat sistem storan EKET
Sofa JÄTTEBO berwarna kuning-hijau gelap di hadapan kombinasi kabinet berpintu dan tanpa pintu EKET berwarna putih yang terlekap pada dinding berwarna cerah.
Dinding berwarna cerah yang mempunyai kombinasi kabinet berpintu dan tanpa pintu EKET berwarna putih, kerja seni pada dinding, hiasan, buku dan tumbuh-tumbuhan yang berdaun lebat.
Lihat sistem storan EKET

Jadikan ruang rasa lebih peribadi dan hidup dengan tumbuh-tumbuhan

Menyepadukan elemen-elemen di dalam dan di luar rumah ialah salah satu ciri utama hiasan dalaman moden pertengahan abad. Jangan lupa untuk membawa masuk beberapa jenis tumbuh-tumbuhan untuk menambah gaya sambil merangsang perasaan anda.

Lihat semua tumbuhan
Ruang tamu yang mempunyai sofa JÄTTEBO berwarna kuning-hijau gelap, kerusi berlengan dang bangku kaki HAVBERG berwarna kelabu-hitam, tumbuh-tumbuhan dan hiasan.
Lihat semua tumbuhan

Lihat lebih banyak ruang tamu yang memberikan inspirasi