Ruang tamu adiwira untuk keluarga besar
Inilah ruang tamu yang sesuai untuk semua ahli keluarga, sama ada mereka mahu bermain, belajar atau bersantai bersama-sama. Dengan melakukan beberapa langkah mudah, ia bertukar menjadi kawasan tidur yang luas untuk ibu bapa (dan anak kecil yang menyelinap masuk pada waktu malam!).
Ramai ahli keluarga bermakna banyak benda yang perlu disimpan. Almari buku BILLY mempunyai para yang boleh dilaraskan, jadi mudah untuk mencipta penyelesaian yang sempurna untuk rumah anda. Khaskan para lebih rendah untuk ahli keluarga yang lebih muda, jadi mereka mudah mencapai buku dan mainan mereka.
Lebih ramai ahli keluarga juga bermakna lebih keinginan – ada yang mahu duduk dan berehat selepas bekerja keras sehari suntuk, dan ada pula yang mahu bermain sehingga masa untuk tidur. CIRKUSTÄLT ialah "bilik di dalam bilik" yang menyeronokkan yang anak-anak anda boleh bermain atau mengerekot sementara anda mengawasi mereka dari sofa.

