Langkau ke kandungan utama

Kayu hangat dan elemen tradisional

Gabungan reka bentuk tradisional dan kayu hangat menghasilkan ruang tamu yang mesra dan nyaman – dan sofa GRÖNLID menawarkan tempat yang selesa yang membolehkan anda bersantai dan menikmati segala-galanya.

Kabinet berpintu kaca HEMNES melindungi barang-barang anda daripada habuk sementara kayu hangat pula mewujudkan rasa yang nyaman dan selesa.

Siri HEMNES tradisional kami terdiri daripada pelbagai jenis perabot, jadi mudah untuk menghasilkan penampilan terselaras di dalam rumah.

Wujudkan sudut bacaan yang nyaman dengan bahan-bahan semula jadi, pencahayaan yang baik, bantal yang selesa dan banyak storan untuk menyimpan buku-buku kesayangan anda.

Rak dengan tombol menawarkan lebih daripada storan praktikal: item-item hiasan anda boleh digantungkan di sana (dan anda boleh mengaturnya semula seberapa kerap yang anda suka!).

Sofa yang tidak lapuk dek zaman mendapat sentuhan peribadi (dan menjadi lebih selesa!) dengan cepat kerana terdapatnya beberapa kusyen tambahan dengan sarung kusyen yang sesuai dengan gaya anda.

Siri SKURUP yang tidak lapuk dek zaman kami terdiri daripada pelbagai jenis lampu, jadi mudah untuk menghasilkan penampilan terselaras di seluruh rumah.