Langkau ke kandungan utama

Kombinasi ruang cucian dan bilik mandi – idea untuk pengaturan mudah

Membasuh pakaian di dalam bilik mandi memanglah sukar di ruang kecil. Tetapi dengan penyelesaian yang sesuai, ia dapat berfungsi dengan sempurna. Di sini ada beberapa idea yang berguna untuk memastikan bilik mandi anda teratur dan kemas – dan membantu kerja membasuh pakaian anda berjalan dengan lancar.

Bilik mandi yang mempunyai mesin basuh, kombinasi storan untuk cucian dengan kabinet, serta kombinasi ruang cucian dengan para.
Bilik mandi yang mempunyai mesin basuh, kombinasi storan untuk cucian dengan kabinet, serta kombinasi ruang cucian dengan para.

Tempat yang segala-galanya ada berdekatan

Kombinasi ruang cucian yang menempatkan kabinet di atas mesin basuh anda memberi anda penyelesaian cucian yang kompak dengan storan tertutup sesuai untuk menyimpan bahan cuci, pelembut dan benda-benda lain bagi memastikan ruang itu tidak berselerak. Siri ENHET sangat sesuai untuk tugas itu.

Kombinasi storan untuk cucian ENHET berwarna antrasit/putih dengan mesin basuh di dalamnya, serta beg kain cucian beroda.

Memiliki peralatan yang sesuai

Menggantungkan, mengambil dan memasangkan stoking selepas membasuh merupakan kerja yang tidak habis-habis yang memakan ruang dan juga masa. Penyelesaian boleh lipat seperti pengering gantung dengan penyepit yang berguna ini mudah disesuaikan hampir di mana-mana sahaja dan membantu anda menyelesaikan kerja dengan lebih pantas.

Lihat semua aksesori cucian
Pengering gantung dengan 24 penyepit pakaian SLIBB tergantung pada rak pengering di kombinasi ruang cucian berwarna putih, serta mesin basuh.
Lihat semua aksesori cucian

Gunakan roda untuk menempatkan cucian anda

Mengangkut pakaian, tuala dan linen katil untuk dibasuh adalah lebih mudah dengan beg kain cucian beroda yang praktikal. Reka bentuk yang tidak lebar ini mudah disimpan di tepi dinding atau di ceruk kecil – dan anda boleh menutup penutupnya agar kelihatan kemas.

Lihat semua bakul kain cucian
Beg kain cucian beroda ENHET berwarna antrasit dengan tuala tamu tergantung di bahagian tepinya terletak di sebelah kabinet bawah sink berwarna putih.
Lihat semua bakul kain cucian

Menambahkan ruang tambahan

Dengan sistem storan lekap dinding seperti ini, anda boleh mencipta penyelesaian yang menjimatkan ruang untuk mendapat lebih permukaan kerja, serta rak pengering dan storan tambahan di bahagian atas dan bawah. Ia mudah untuk menyesuaikan segala-galanya mengikut ruang yang anda ada.

Lihat semua sistem penyelesaian storan
Kombinasi ruang cucian BOAXEL berwarna putih dengan rak pengering dan dua para, di sebelah mesin basuh dan tuala mandi yang tergantung pada cangkuk.
Lihat semua sistem penyelesaian storan

Bakul tangan yang membantu

Bakul kain cucian yang dibuat daripada plastik tahan lama adalah ideal untuk meletakkan pakaian basah yang dikeluarkan dari mesin basuh. Jangan bimbang jika anda tidak ada masa untuk menggantungkan semuanya dengan segera. Bahan jaring yang terdapat pada bakul itu membenarkan peredaran udara, jadi tidak ada masalah jika meninggalkannya sehingga sedikit masa kemudian.

Lihat semua bakul kain cucian
Bakul kain cucian fleksibel SLIBB berwarna merah jambu terletak di atas para di kombinasi ruang cucian dengan rak pengering berwarna putih, serta beg kain cucian berwarna kuning air.
Lihat semua bakul kain cucian

Mudah dicangkukkan

Menggunakan dinding untuk menyimpan barang-barang merupakan cara yang pintar supaya laluan tidak terhalang. Jadi, menambahkan sebaris cangkuk sentiasa membantu. Dengan pelekap sedut, anda tidak perlu bimbang tentang menggerudi lubang. Teruskan menggantung seberapa banyak yang anda ingini.

Dua cangkuk dengan pelekap sedut TISKEN berwarna putih yang mempunyai tuala mandi berwarna kuning air muda, beg berwarna putih dan berus terlekap pada dinding berjubin berwarna putih.