Pulau dapur yang sangat dihargai: 4 versi wira dapur
Dapur ialah ruang yang berlakunya semua jenis hal, dan kita menghabiskan banyak masa di sana yang menjadikan setiap ruang yang ada sangat berharga. Cara yang paling mudah untuk mendapat lebih ruang dan menambah fungsi dapur anda ialah menggunakan pulau dapur. Beginilah cara kami menggunakan pulau dapur untuk mendapat lebih ruang untuk storan, makan, membakar dan bersantai dengan rakan-rakan.


Kami gembira melihat para pelanggan kami menjadi kreatif dengan produk-produk kami. Teruskan! Tetapi perlu diingatkan bahawa dengan meminda atau mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersial IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk akan terbatal.