Langkau ke kandungan utama

Buat snek yang sihat dan bawanya bersama-sama anda

Gaya hidup yang aktif dan sibuk tidak patut menghalang anda daripada mengamalkan tabiat makan yang baik. Pilihan produk yang betul akan membolehkan anda menikmati snek dan hidangan yang sihat tidak kira di mana anda berada atau apa yang anda sedang lakukan.

Seorang berjalan di lereng bukit yang kurang diliputi pokok, di bawah cahaya matahari, memakai jaket dan menyandang beg galas PIVRING berwarna kelabu muda.
Seorang berjalan di lereng bukit yang kurang diliputi pokok, di bawah cahaya matahari, memakai jaket dan menyandang beg galas PIVRING berwarna kelabu muda.

Kesihatan yang lebih baik untuk anda dan planet kita

Berada di alam bebas memang baik untuk seluruh jiwa raga. Jika anda membawa snek yang sihat bersama-sama anda, malah lebih baik. Tambahan pula, apabila beg galas yang anda pilih untuk pengembaraan anda dibuat daripada poliester kitar semula, anda bukan sahaja menikmati alam semula jadi, anda juga prihatin terhadapnya.

Lihat semua beg
Seorang wanita yang menyandang beg galas PIVRING berwarna kelabu muda dan memegang botol bersandar pada batu yang berlumut di landskap yang disinari cahaya matahari.
Lihat semua beg

Kecil, boleh kedap semula, lestari

Perlu tempat untuk menyimpan kacang atau snek kecil lain anda semasa mengembara? Beg boleh kedap dan boleh guna semula bukan sahaja praktikal dan serba guna, ia juga merupakan pilihan yang lebih lestari. Apabila kosong, ia tidak mengambil apa-apa ruang pun.

Lihat semua bekas makanan
Seorang lelaki dan wanita di tepi meja kelah di dalam hutan, mengeluarkan makanan yang dibungkus di dalam beg boleh kedap semula ISTAD, dan botol IKEA 365+.
Lihat semua bekas makanan

Hidangan dalam perjalanan

Makan dalam perjalanan tidak semestinya terhad kepada snek dan kudap-kudapan. Termos makanan akan membolehkan anda menikmati hidangan panas yang mengenyangkan di mana-mana saja, pada bila-bila saja.

Lihat semua bekas makanan
Seorang lelaki duduk di tepi beg makan tengah hari FLADDRIG di atas bangku panjang awam, sedang makan dengan sudu dikeluarkan daripada termos makanan EFTERFRÅGAD.
Lihat semua bekas makanan