Langkau ke kandungan utama

Ini untuk itu: pertukaran yang lebih lestari

Bolehkah dunia yang lebih baik bermula di rumah? Ya! Bolehkah dunia yang lebih baik bermula dengan anda? Tentu sekali. Adakah membuat pilihan yang lebih baik harus menjadi sukar atau sangat besar? Sudah tentu tidak. Ke arah kehidupan yang lebih lestari di rumah, terdapat banyak perubahan kecil yang dapat menjadi perubahan besar apabila digabungkan jika kita semua memainkan peranan masing-masing. Ini hanyalah beberapa pertukaran mudah yang dapat anda lakukan mulai hari ini.

Semua keperluan untuk secawan teh panas: cerek METALLISK, perendam teh IDEALISK dan koleh IKEA 365+ kaca jernih.
Semua keperluan untuk secawan teh panas: cerek METALLISK, perendam teh IDEALISK dan koleh IKEA 365+ kaca jernih.

Bawa pulang tanpa bahan buangan

Ingin menyokong restoran tempatan anda, tetapi tidak ingin menghasilkan lebih banyak bahan buangan? Semakin ramai orang membawa bekas boleh guna semula mereka sendiri (sudah tentu yang bersih) dan meminta restoran mengisinya daripada menggunakan kotak bawa pulang pakai buang. Jika anda kurang pasti, anda sentiasa boleh menyemak dengan mereka terlebih dahulu.

Lihat semua bekas makanan
Bekas makanan IKEA 365+ berisi mi bawa pulang, dengan bekas pakai buang dibuang di belakangnya.
Lihat semua bekas makanan

Pembeli-belah yang prihatin

Angkat tangan jika anda ada beg yang penuh dengan beg plastik di rumah? Sungguh menghairankan cara beg-beg ini dapat menyelinap masuk ke dalam kehidupan kita dengan mudah. Membawa beberapa beg beli-belah boleh guna semula dengan anda setiap kali anda meninggalkan rumah kerap membantu kerana anda dapat menggunakannya bila-bila saja diperlukan. Di kedai atau restoran makanan bawa pulang, anda juga boleh memberitahu juruwang bahawa anda ada beg anda sendiri sebelum mereka membungkusnya.

Lihat semua beg beli-belah & beg jinjing
Beg jaring KUNGSFORS berisi barang-barang runcit, sementara beg plastik pakai buang diketepikan.
Lihat semua beg beli-belah & beg jinjing
Straw minuman FÖRNYANDE di dalam gelas yang berisi, dengan straw plastik guna sekali di belakangnya.

Jumpa nanti, straw plastik

Pada tahun 2020, IKEA menghentikan penggunaan semua straw plastik yang ada dalam rangkaian secara berperingkat-peringkat, dan memperkenalkan beberapa alternatif yang lebih baik: seperti straw yang dibuat daripada kertas tak bersalut, keluli tahan karat, malah buluh!

Lihat semua aksesori minuman

Minuman untuk dibawa ke mana saja

Ia hanyalah mitos biasa bahawa plastik boleh kitar semula seperti PET yang digunakan dalam botol, dapat dikitar semula tidak henti-henti. Sebenarnya, kualiti plastik merosot setiap kali, sehingga takat ia tidak lagi boleh digunakan, atau perlu dicampurkan dengan plastik murni. Satu-satunya penyelesaian? Elakkan penggunaan barangan pakai buang sama sekali! Botol air seperti ini memang sempurna untuk dimasukkan ke dalam beg anda, dan tiada bahan kimia toksik akan meresap ke dalam minuman anda.

Lihat semua storan & pengaturan makanan
Botol air ENKELSPÅRIG di atas kaunter dapur, dengan botol air plastik dibuang di belakangnya.
Lihat semua storan & pengaturan makanan