Langkau ke kandungan utama

Cara menjadikan dapur kongsi rasa seperti dapur anda sendiri

Berkongsi dapur boleh jadi mencabar. Mujurlah, beberapa idea dan produk yang mudah dapat membantu anda mengurus barang-barang anda, mewujudkan ruang tambahan dan menjadikan ruang kongsi rasa seperti ruang anda sendiri.

Dapur dengan kabinet dasar METOD berwarna putih dan kelengkapan dalaman MAXIMERA, permukaan atas kerja EKBACKEN dan dua troli NISSAFORS.
Dapur dengan kabinet dasar METOD berwarna putih dan kelengkapan dalaman MAXIMERA, permukaan atas kerja EKBACKEN dan dua troli NISSAFORS.

Ruang untuk semua orang

Troli seperti ini bukan sahaja memberi anda storan mudah alih, ia juga memberi anda permukaan atas kerja tambahan pada bila-bila saja dan di mana saja anda memerlukannya. Tambahan pula, apabila terdapat ramai tukang masak di dapur, anda memerlukan semua ruang kerja yang boleh didapati.

Lihat semua troli
Daun bawang dan pisau di atas landas cencang yang terletak di atas troli dapur kayu birch BEKVÄM yang berserenjang dengan permukaan atas kerja EKBACKEN.
Lihat semua troli

Pastikan talian komunikasi terbuka

Salah satu kunci kejayaan berkongsi ialah komunikasi yang baik. Papan hitam di dapur akan membolehkan anda dan teman sebilik anda saling berhubung sepanjang masa. Siapa berada di mana, giliran siapa untuk memasak, membeli-belah atau membuang sampah? Dengan papan hitam, anda tidak perlu tertanya-tanya lagi.

Lihat semua papan kenyataan
Bahagian dinding dengan papan memo SVENSÅS berwarna hitam yang mempunyai tulisan dan nota. Aksesori tergantung pada rel lekap dinding di bawahnya.
Lihat semua papan kenyataan

Milik anda, milik saya, milik kita

Kebanyakan dapur mempunyai berbilang laci dan almari, yang dapat menjadikannya sedikit sukar untuk mengawasi barang-barang anda. Label seperti ini membantu semua orang mewujudkan dan mengekalkan ruang peribadi masing-masing. Ia cukup jelas untuk menyampaikan mesej, tetapi tidak berapa ketara untuk menjejaskan penampilan dapur anda.

Sebahagian daripada permukaan atas kerja laminat kesan kayu ash EKBACKEN dan kombinasi kabinet dasar METOD berwarna putih di bawahnya.

Semua orang mendapat troli

Troli individu mewujudkan stesen kerja dan storan mudah alih peribadi asing-masing. Hanya tariknya keluar apabila anda memerlukannya, letakkannya kembali apabila tidak diperlukan. Memilih warna yang berbeza akan memastikan anda dan teman sebilik anda tidak terkeliru dengan troli masing-masing.

Lihat semua troli
Kabinet dasar METOD berwarna putih dengan kelengkapan dalaman MAXIMERA, permukaan atas kerja EKBACKEN dan dua troli NISSAFORS, satu berwarna hitam dan satu lagi putih terletak di bawahnya.
Lihat semua troli

Pilih corak peribadi anda

Menetapkan satu corak atau warna kepada setiap orang bermakna semua orang akan mengetahui pemilik tuala pengesat masing-masing. Lebih senang dan juga lebih bersih. Teman sebilik yang pasti kendiri ialah teman sebilik yang gembira.

Lihat semua tekstil dapur
Empat tuala pengesat RINNIG yang bercorak berwarna putih dan kelabu tergantung sebelah-menyebelah pada tombol masing-masing di hujung permukaan atas kerja dapur.
Lihat semua tekstil dapur