Langkau ke kandungan utama

Cara memiliki dapur yang lebih profesional di rumah

Dapur yang direka bentuk dan difikirkan dengan baik akan menjadikan kehidupan lebih senang dan memasak lebih memuaskan. Mempunyai peralatan yang sesuai – dan di tempat yang anda memerlukannya – membolehkan kreativiti anda berkembang.

Siri storan dapur KUNGSFORS lekap dinding dengan balang kaca berpenutup, kotak storan VARIERA berwarna putih dan perkakas dapur yang tergantung.
Siri storan dapur KUNGSFORS lekap dinding dengan balang kaca berpenutup, kotak storan VARIERA berwarna putih dan perkakas dapur yang tergantung.

Dapatkan kuasa pembilasan tambahan

Kenapa pilih paip sahaja apabila anda boleh memiliki alat cuci berbilang fungsi? Paip dengan penyembur tangan akan memudahkan lagi pembilasan dan pencucian. Tambahan pula, anda akan berasa seperti pakar apabila melakukannya.

Lihat semua paip & sink dapur
Paip campuran/penyembur tangan dapur VIMMERN pada permukaan atas kaunter berwarna putih, di bawah rel dengan cangkuk dan bekas KUNGSFORS.
Lihat semua paip & sink dapur

Siri yang sesuai dengan anda

Storan lekap dinding membolehkan anda melihat item-item dapur anda dengan serta-merta dan mencapainya dengan mudah. Memilih siri storan dapur daripada para individu juga akan memberi anda lebih banyak pilihan. Gabungkan sebarang kombinasi rel, grid dinding, cangkuk dan para, dan cipta storan yang sesuai dengan anda dan dapur anda.

Lihat siri KUNGSFORS
Rel gantungan dengan para dan grid dinding KUNGSFORS keluli tahan karat yang menampung balang kaca berpenutup dan kotak VARIERA berwarna putih.
Lihat siri KUNGSFORS

Sarung tangan yang dibuat daripada bahan yang lebih kuat

Agak sukar untuk mengeluarkan bekas pembakar daripada ketuhar tanpa mencelupkan hujung sarung tangan ketuhar anda ke dalam masakan anda. Ini bermakna fabrik itu boleh menjadi sedikit basah dan berbau. Sebaliknya sarung tangan ketuhar silikon tidak akan menyerap sos dan mudah dibersihkan dengan mencurahkan air padanya. Jika ia perlu dibersihkan betul-betul, anda boleh membasuhnya di dalam mesin basuh pinggan mangkuk.

Lihat semua pemegang periuk & sarung tangan ketuhar
Seorang yang memakai apron pinggang SANDVIVA berwarna biru memegang tin panggang HEMMABAK berwarna kelabu dengan sarung tangan ketuhar silikon SANDVIVA berwarna biru.
Lihat semua pemegang periuk & sarung tangan ketuhar

Bantuan bebas tangan

Apabila anda mengurus keadaan di dapur, anda tidak mahu benda bersepah-sepah yang menghambat kelancaran. Tong berpedal menyediakan tempat pembuangan sampah yang bersih dan segera sementara troli membolehkan anda menyimpan barang-barang dan kemudian mengalihkannya supaya tidak menghalang laluan.

Lihat semua tong & beg sampah
Tong berpedal MJÖSA berwarna kelabu bertentangan dengan dua troli dapur yang mempunyai kotak kayu pain KNAGGLIG dan tumbuh-tumbuhan, terletak di dapur dengan ambal jut.
Lihat semua tong & beg sampah

Lihat apa yang anda sedang buat

Apabila berkaitan dengan kerja-kerja dapur, lebih baik untuk semua jika anda benar-benar dapat melihat apa yang anda sedang buat. Pencahayaan bersepadu di atas ruang kerja anda akan memastikan penyediaan makanan lebih selamat dan akan membantu memastikan anda tidak memasukkan garam ke dalam bijirin anda.

Lihat semua pencahayaan bersepadu
Jalur lampu LED MITTLED di atas permukaan atas kaunter berwarna putih yang mempunyai landas cencang LEGITIM berwarna putih, botol minyak dan pengisar rempah.
Lihat semua pencahayaan bersepadu

Tempat untuk segala-galanya

Laci adalah hebat untuk storan dapur, tetapi ia boleh menjadi sedikit kelam-kabut. “Hilang di mata, hilang di hati” memang baik, sehinggalah anda benar-benar inginkan sesuatu dan tidak dapat menjumpainya. Penyusun atur laci yang pintar akan memastikan segala-galanya mempunyai tempat yang ditetapkan apabila tidak digunakan. Oleh sebab ia juga boleh dilaraskan, ia dapat disesuaikan mengikut keperluan storan anda. Tambah sedikit pencahayaan bersepadu dan anda tidak akan sesekali mengalami kesukaran mencari benda yang diperlukan.

Lihat semua penyusun atur dalaman
Laci yang terbuka di dapur dengan bahagian hadapan SINARP berwarna coklat, mendedahkan pinggan dan mangkuk pada penyusun atur laci papan penyepit UPPDATERA.
Lihat semua penyusun atur dalaman