Langkau ke kandungan utama

Galakkan kanak-kanak memasak dan ajar mereka tentang tabiat yang sihat

Menyukat, menggaul, menyediakan meja – meminta kanak-kanak membantu di dapur bukan sahaja menyeronokkan, ia juga bertujuan untuk mendidik. Tambahan pula, ia bukan sekadar mengajar mereka cara memasak. Ia juga peluang untuk mereka mengamalkan tabiat makan yang lebih sihat yang baik untuk mereka – dan planet kita – sepanjang hayat mereka.

Pertengahan sesi membuat kuih di atas permukaan meja – telur, tepung dan perkakas dapur. Tangan sedang menguli doh di dalam mangkuk adunan VISPAD berwarna putih dan bakul penaikan doh.
Pertengahan sesi membuat kuih di atas permukaan meja – telur, tepung dan perkakas dapur. Tangan sedang menguli doh di dalam mangkuk adunan VISPAD berwarna putih dan bakul penaikan doh.

Kurang berselerak, lebih keseronokan

Mari bersifat realistik – kebanyakan kanak-kanak suka menyebabkan keadaan berselerak. Orang dewasa, tidak begitu banyak. Dengan memakai apron, anda boleh membiarkan kanak-kanak menyukat, mencampurkan, menggaul dan menguli sepuas-puasnya, dan masih meminimumkan keadaan berselerak.

Lihat semua tekstil dapur
Seorang kanak-kanak perempuan dan seorang lelaki berdampingan melakukan projek membuat kuih, terdapat mangkuk adunan VISPAD berwarna putih, telur, tepung dan aksesori membuat kuih di sekitarnya.
Lihat semua tekstil dapur

Aksesori dapur kanak-kanak mengutamakan keselamatan

Setiap cef yang sedang meningkat perlu mahir dalam kerja mencencang dan menghiris. Tetapi membiarkan tangan kecil mengendalikan objek-objek yang tajam boleh menimbulkan sedikit rasa gerun. Perkakas yang selamat dalam saiz yang sesuai menjadikannya lebih mudah – dan kurang membimbangkan – untuk mengajar kanak-kanak tentang kemahiran hidup di dapur.

Lihat semua perkakas dapur & kelengkapan hidangan kanak-kanak
Seorang kanak-kanak lelaki berdiri di tepi permukaan atas kerja, menumpukan perhatian pada memotong epal menjadi kiub kecil menggunakan pisau SMÅBIT di atas landas cencang, dengan pengupas SMÅBIT di sebelahnya.
Lihat semua perkakas dapur & kelengkapan hidangan kanak-kanak

Langkah ke arah yang betul

Semasa kanak-kanak, secara automatik anda terlepas banyak hal yang berlaku semata-mata kerana anda pendek. Itu benar-benar tidak adil. Bangku tangga akan menjadikan penyediaan makanan – dan banyak aktiviti lain – lebih demokrasi, membolehkan anak kecil anda menyertai bersama dengan selamat.

Lihat semua bangku & bangku panjang kanak-kanak
Seorang kanak-kanak perempuan berdiri di atas bangku tangga kanak-kanak TROGEN berwarna kuning yang diletakkan di tepi permukaan atas kerja dapur. Seorang dewasa berdiri di sebelah kanak-kanak perempuan itu.
Lihat semua bangku & bangku panjang kanak-kanak

Sediakan meja dan belajar

Menyediakan meja mungkin kelihatan kerja yang mudah, tetapi sebenarnya ia merupakan peluang untuk belajar. Apabila kanak-kanak menyediakan meja, mereka belajar tentang warna, pengiraan dan konsep seperti simetri selain kiri dan kanan. Tambahan pula, wujudnya perasaan gembira kerana dapat membantu. Pastikan bahawa anda menghargai bantuan mereka.​

Lihat semua set makan malam
Meja dengan alas meja dan bunga yang disinari cahaya matahari sedang disediakan oleh seorang kanak-kanak lelaki yang menyusun mangkuk FÄRGKLAR berwarna hijau kusam pada pinggan berwarna putih.
Lihat semua set makan malam

Basah dan tidak keterlaluan

Bermain dengan air sentiasa seronok. Menyimbah, menyembur, menuang, membilas. Rasa gembira, menyeronokkan dan mengotorkan keadaan. Siapa yang tidak akan menyukainya? Jadi, jika anda mahu kanak-kanak terlibat di dapur, biarkan mereka membuat kerja berasaskan air. Daripada membilas salad kepada kerja mencuci, dapur merupakan tempat yang baik untuk permainan air yang membina.

Permukaan atas kerja di mana seorang kanak-kanak lelaki sedang mencuci salad menggunakan penapis KLOCKREN sementara seorang lelaki menghiris sayur-sayuran dan meletakkannya ke dalam pinggan jeluk UPPLAGA berwarna putih.

Biarkan mereka memungut hasil tanaman mereka

Menanam tauge ialah cara yang hebat untuk mengajar kanak-kanak tentang kitaran hidup. Jika anda akan melakukannya, kenapa tak lakukannya dengan sepenuh usaha? Pinggan ketuhar merupakan batas biji benih yang hebat kerana ia dapat menampung banyak anak benih dan digunakan berulang kali.

Lihat semua perkakas memasak
Seorang kanak-kanak perempuan perlahan-lahan menempatkan biji benih ke dalam batas baja di dalam pinggan ketuhar kaca jernih MIXTUR. Seorang lelaki memegang mangkuk berisi lebih banyak biji benih.
Lihat semua perkakas memasak

Di bawah pengawasan, tetapi bukan di bawah kaki anda

Jika anda ada ruang, kenapa tak wujudkan sudut kanak-kanak di dapur? Beberapa kerusi, sebuah meja dan sedikit storan dinding – semuanya pada ketinggian yang sesuai – akan memberi mereka tempat untuk bermain sementara anda terus melakukan kerja memasak yang serius.

Lihat semua perabot kanak-kanak
Sebahagian daripada dapur yang disediakan sebagai sudut kanak-kanak, dengan meja dan mangkuk kanak-kanak FLISAT, serta pinggan ketuhar berisi tunas.
Lihat semua perabot kanak-kanak

Makanan tengah hari yang sihat untuk semua orang

Membungkus makanan tengah hari dengan bekas untuk seluruh keluarga akan memastikan semua orang menikmati makanan tengah hari yang berkhasiat. Melakukannya bersama-sama akan mengubahnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan dan membolehkan anda mengajar kanak-kanak membezakan antara makanan yang sihat dengan yang tidak sihat.

Lihat semua bekas makanan
Permukaan atas kerja dapur yang mempunyai makanan dan minuman yang sudah disediakan dan dimasukkan ke dalam bekas makanan IKEA 365+ dan bekas makanan lain.
Lihat semua bekas makanan