Langkau ke kandungan utama

Bilik makanan dengan ruang untuk kepintaran

Memaksimumkan ruang anda boleh bantu anda hidup lebih lestari di rumah. Sediakan penyelesaian dinding-ke-dinding untuk pengisihan sisa dan pengitaran semula, dan untuk menyimpan bekalan seperti sayur berumbi, bahan kering, balang jem, utiliti dapur dan banyak lagi.

Bilik makanan dan seluruh dinding dengan para-para, kabinet dan kotak dikhaskan untuk menyimpan pelbagai makanan dan masakan.
Bilik makanan dan seluruh dinding dengan para-para, kabinet dan kotak dikhaskan untuk menyimpan pelbagai makanan dan masakan.

Di mana untuk apa?

Pengitaran harian boleh dibuat dengan sangat mudah dan menyeronokkan sehingga kanak-kanak ingin melakukannya. Tong pengisihan sisa di dalam plastik yang mudah dibersihkan, dengan penutup yang kedap bau, memberi anda penyelesaian mudah.

Lihat semua tong pengitaran semula
Tong pengisihan SORTERA berwarna putih dengan penutup disusun pada para-para kayu yang mengandungi kertas boleh dikitar semula, plastik dan barang logam.
Lihat semua tong pengitaran semula

Ruang tambahan untuk tambahan segala-galanya

Memanfaatkan setiap inci dinding juga sejenis kepintaran. Para-para, kabinet dan tempat kerja kecil membeir anda kapasiti storan dan kefleksibelan ruang kerja yang anda perlukan, untuk aktiviti harian dan juga projek khas.

Lihat sistem BROR
Dinding bilik makanan dengan kabinet IVAR jejaring berwarna hijau dengan pintu dan bangku kerja BROR berwarna hitam diletakkan kotak KNAGGLIG buatan kayu pain dan hasil.
Lihat sistem BROR

Jeruk dan jem buatan sendiri

Mengapa memberikan ketegangan kepada alam semula jadi dengan bungkusan pakai buang? Bekas kaca seperti balang cara lama ini boleh digunakan semula beberapa kali untuk jeruk dan jem anda – atau menyimpan semula yang dibeli untuk memberikan ungkapan seni.

Lihat semua storan & penyusunan
Balang KORKEN kaca jernih yang mengandungi jeruk dan perasa pada para-para BROR berwarna hitam diletakkan perkakas dapur dan kotak.
Lihat semua storan & penyusunan

Dapatkan tempat yang sesuai untuk kentang

Di dalam keadaan yang sesuai, sayur berumbi boleh disimpan dalam masa yang lama. Malahan, ia boleh tahan pada sepanjang musim sejuk. Kabinet dengan pintu jejaring ialah tempat yang sesuai untuk memastikannya gelap dan dengan pengudaraan yang baik – tetapi masih boleh dicapai apabila tiba masa untuk memasak.

Lihat sistem IVAR
Kabinet IVAR jejaring berwarna kelabu dengan pintu diletakkan kotak kayu penuh dengan kentang di sebelah bangku kerja BROR berwarna hitam.
Lihat sistem IVAR

Pencangkuk boleh melakukan keajaiban

Penyangkut dan pencangkuk sesuai untuk storan berbilang tujuan. Jika anda tidak dapat mencari tempat yang sesuai untuk meletakkan sesuatu, rak pencangkuk anda biasanya boleh digunakan. Lekapkannya pada dinding, dan hampir tiada had untuk berapa banyak yang ia boleh tampung.

Lihat semua pencangkuk & penyusunan dinding
Rak PINNIG berwarna hitam dengan 3 pencangkuk dilekapkan pada dinding berwarna kelabu di bilik makanan yang diletakkan perkakas dapur kayu, tuala dapur dan beg.
Lihat semua pencangkuk & penyusunan dinding

Sesuai untuk menjimatkan ruang

Membeli bekalan bersaiz ekonomi ialah cara yang bagus untuk menjimatkan wang, tetapi anda perlu ada ruang untuk menyimpan kesemuanya. Barisan kabinet di bahagian atas dinding bilik makanan anda memberi anda ruang yang sempurna – selamat dan sentiasa mudah dicapai dengan bangku pijak.

Lihat semua sistem penyelesaian storan
Kabinet IVAR jejaring berwarna hijau dengan pintu, dilekapkan tinggi pada dinding menyimpan beberapa bahan masakan di dalam botol dan kotak.
Lihat semua sistem penyelesaian storan