Langkau ke kandungan utama

Sesuai bagi penggemar makanan sepenuh masa

Sama ada anda makan untuk hidup atau hidup untuk makan. Ini adalah untuk yang kedua. Dua ketuhar, pulau dapur yang luas dan bahagian hadapan kesan kayu ash lembut dan keluli tahan karat yang tahan lama membuatkan mana-mana pakar minat makanan lebih daripada berpuas hati.

Hob aruhan FÖRDELAKTIG kami mempunyai penyari bersepadu, bermakna anda boleh menggunakan dinding di atasnya untuk storan – gantungkan perkakas dapur yang sering anda gunakan di sana.

Keterlaluan untuk sesetengah orang, tetapi kemestian untuk orang lain: dua ketuhar (salah satunya juga berfungsi sebagai ketuhar gelombang mikro!) memastikan bahawa anda dapat mempertingkatkan pemasakan anda!

Pemegang di satu sisi dan penderia di sisi lain: paip campuran TÄMNAREN adalah mudah, bersih dan praktikal (serta sempurna apabila anda mahu membasuh tangan anda tanpa menyentuh pemegangnya!).

Storan tambahan di tempat yang anda betul-betul mahukannya – troli beroda membolehkan anda menyesuaikan dapur anda agar memenuhi keperluan anda yang berubah-ubah.

Maksimumkan inspirasi masak-memasak dengan menyimpan perkakas dapur dan ramuan anda di atas para terbuka!

Hidangkan dengan bergaya menggunakan pinggan hidangan DINERA. Bentuk ringkas, warna lembut dan licau kusam mewujudkan rasa ala desa di ruang hidang anda.

Tong HÅLLBAR kami direka bentuk untuk memenuhi keperluan pengasingan sampah yang berbeza-beza (tong yang mempunyai lubang pengudaraan adalah sangat sesuai untuk bahan buangan organik!).