Langkau ke kandungan utama

Memasak perlahan-lahan dengan bergaya

Ini dapur khas untuk mereka yang tidak suka menggunakan jalan pintas untuk mendapat yang terbaik – apabila memasak dan menonjolkan gaya. Namun begitu: siapa yang tidak mahu berada di tempat penuh keanggunan ini?

Anda memerlukan peringatan untuk memastikan herba anda cukup air? Bekas menyiram VATTENKRASSE cukup bergaya untuk dipamerkan sepanjang masa!

Peribadikan rel praktikal anda: campurkan perkakas dapur yang kerap digunakan dengan barang hiasan kegemaran anda.

Kuali kami, VARDAGEN, dibuat menggunakan besi tuang: bahan yang menyebarkan haba dengan seragam. Ia juga boleh ditempatkan ke dalam ketuhar – sangat sesuai untuk makanan yang dimasak perlahan-lahan!

Balang KORKEN memelihara aroma dan rasa, dan kaca lutsinar memudahkan anda mencari barang anda ketika masak.

Dulang kutleri VARIERA bukan hanya memastikan laci anda bebas calar dan kutleri anda tersusun atur: buluh memberikan suasana mesra dan semula jadi di dapur.

Meja boleh dipanjangkan dapat membantu anda apabila anda memerlukan ruang meja tambahan, sama ada anda menjemput rakan anda untuk makan malam atau menikmati masa berkualiti untuk melakukan hobi kegemaran anda.

BODBYN boleh digunakan di seluruh dapur anda untuk mendapatkan rupa selaras. Mudah sahaja untuk anda menyesuaikannya mengikut ruang dan keperluan anda.