Langkau ke kandungan utama

Kefleksibelan yang mengagumkan

Makan di rumah atau bawa pulang makanan? Inilah dapur kecil dengan keinginan besar untuk penyelesaian yang fleksibel (seperti hob aruhan mudah alih!) yang memudahkannya untuk memasak dan makan hidangan anda di mana-mana sahaja yang anda suka.

Ucapkan selamat tinggal kepada belian yang tidak perlu! Bekas makanan mengurus lebihan makanan anda yang lazat dan mengubahnya menjadi makanan tengah hari esok.

Unit rak IVAR menawarkan storan tambahan tanpa mengambil banyak ruang, dan ia juga serba guna – malah anda boleh menambah rak botol jika anda ingini.

Di manakah anda memerlukan sedikit storan tambahan? Troli NISSAFORS muat di ruang yang paling kecil pun dan mudah dialihkan kerana terdapatnya roda.

Berupaya menyediakan dan memasak makanan anda di permukaan yang sama menjimatkan banyak ruang – hob aruhan mudah alih TILLREDA mudah disimpan apabila tidak digunakan.

Set perkakas memasak 7 unit OUMBÄRLIG (yang berfungsi dengan baik pada semua jenis hob) memastikan bahawa anda mempunyai semua periuk, kuali dan penutup yang diperlukan.

Biarkan air menyalir terus ke dalam mangkuk sink atau kumpulkannya dan buangkannya kemudian; pengetus pinggan RINNIG berfungsi dua belah dan boleh diletakkan hampir di mana-mana sahaja.