Langkau ke kandungan utama

Dapur yang sesuai untuk ruang pelan terbuka

Apabila dapur teratur, anda boleh meluangkan masa menikmati makanan dan berbual dengan rakan-rakan daripada menghabiskan masa mencari-cari dan bersusah payah. Jangan takut memberanikan diri dari segi masakan dan juga reka bentuk dapur anda.

Dapur dengan kabinet berwarna kayu kesan walnut coklat gelap, tiga lampu pendan berwarna hitam, meja berwarna coklat gelap dan enam kerusi.
Dapur dengan kabinet berwarna kayu kesan walnut coklat gelap, tiga lampu pendan berwarna hitam, meja berwarna coklat gelap dan enam kerusi.

Meja untuk makan malam yang meriah

Jika anda jenis yang suka menjadi tuan rumah, meja yang boleh dipanjangkan membantu meluangkan tempat untuk tetamu. Gantungkan lampu pendan pada ketinggian yang berbeza-beza untuk mewujudkan suasana yang menarik pada tepi meja yang lurus dan penahan percikan jubin geometri.

Lihat semua meja yang boleh dipanjangkan
Meja yang boleh dipanjangkan berwarna coklat gelap, enam kerusi plastik berwarna kuning air yang melengkung indah dan tiga lampu pendan berwarna hitam pada ketinggian yang berbeza-beza.
Lihat semua meja yang boleh dipanjangkan

Ikuti perkembangan bekalan dapur anda

Storan terbuka membolehkan anda membuat keputusan tentang barang-barang yang perlu disimpan di tempat yang mudah dicapai. Tong kayu dan balang lut sinar membolehkan anda mengetahui bekalan yang akan kehabisan.

Lihat semua penyusun atur dinding
Dapur dengan unit rak storan terbuka keluli tahan karat yang menyimpan bekas, kelengkapan hidangan dan tiga kotak yang dibuat daripada kayu pain.
Lihat semua penyusun atur dinding

Halakan cahaya pada kutleri anda

Memasang lampu terbina dalam memang sesuai apabila anda memiliki perincian kayu berwarna gelap. Ia membolehkan anda melihat semua kutleri anda sekali pandang, walaupun dalam keadaan gelap untuk snek lewat malam.

Lihat semua kutleri
Dua laci dapur dengan pencahayaan terbuka menunjukkan kutleri yang disimpan di dalamnya.
Lihat semua kutleri

Gabungkan pelbagai tekstur

Bereksperimen dengan warna dan tekstur yang berbeza-beza semasa memilih aksesori dan perkakas dapur: hitam, loyang, batu, logam dan kayu teras. Jangan takut untuk gabung padan!

Lihat semua tempat letak rempah & perasa
Landas cencang, pengisar rempah yang dibuat daripada kayu akasia, dua tin kopi/teh di samping antan dan lesung berwarna hitam terletak di permukaan atas kerja.
Lihat semua tempat letak rempah & perasa