Langkau ke kandungan utama

Dapur hijau tanpa rasa toksik

Inilah dapur yang memberikan ruang dan inspirasi untuk permulaan yang menyegarkan. Tanam ramuan anda sendiri, masak hidangan yang lazat dan lupakan tentang kehidupan bandar yang sibuk buat seketika.

INSJÖN berwarna loyang melengkapi dapur hijau dengan indah. Ia juga baik untuk kita dan planet kita – ia mempunyai pengudara yang membantu menjimatkan air dan tenaga sementara mengekalkan aliran air pada tahap yang sesuai.

Asingkan dan simpan benda-benda kitar semula anda di dalam kabinet anda dengan menggunakan tong pengasingan sampah VARIERA. Penutup juga tersedia jika anda ada kompos yang anda mahu tutup.

Perkakas dapur dan herba kering bukan sahaja berguna untuk diletakkan dekat dengan permukaan memasak, ia juga menimbulkan suasana yang nyaman dan selesa di dapur apabila dipamerkan pada rel di dinding.

Terangi storan di belakang pintu kaca anda untuk pencahayaan yang selesa di dapur. Tahukah anda bahawa anda boleh juga menggunakan jalur lampu di dalam laci anda? Ia kelihatan mewah, dan memudahkan anda mencari keperluan anda.

Miliki kebun kecil di dalam rumah anda sendiri dan petik sayur-sayuran dan herba anda apabila tiba masanya untuk memasak – ia merupakan aktiviti yang menyantaikan dan membuatkan masakan yang sihat lebih menyeronokkan!