Langkau ke kandungan utama

Dapur ala desa di bandar

Inilah dapur bergaya tradisional, namun mempunyai fungsi moden. Kabinet berpintu vitrin sungguh bergaya dan menyediakan banyak storan, sementara perincian kecil – seperti sink yang dalam dan tombol pintu yang klasik – membantu melengkapi penampilan yang nyaman dan selesa.

Dapur ala desa berwarna putih dan kelabu dengan gabungan kabinet dan para storan dapur tertutup dan terbuka berwarna putih serta pulau dapur.
Dapur ala desa berwarna putih dan kelabu dengan gabungan kabinet dan para storan dapur tertutup dan terbuka berwarna putih serta pulau dapur.

Sink yang bergaya dan ringkas

Sink yang dalam dengan bahagian hadapan yang boleh dilihat bukan sahaja menimbulkan tanggapan yang kuat – ia juga membolehkan anda berdiri lebih dekat dengan sink tanpa membongkok ke depan.

Lihat semua sink dapur
Gambar dekat sink dapur berwarna putih dengan paip campuran bersadur krom yang kilat.
Lihat semua sink dapur

Untuk bersosial dan juga menyimpan barang-barang

Pulau dapur yang rendah berwarna putih segar mempunyai gaya tradisional. Ia juga memberikan banyak ruang storan di bawah, jadi anda boleh masak, makan dan bersembang sambil menghabiskan masa bersama.

Lihat semua troli & pulau dapur
Dua pulau dapur dalam kombinasi warna putih pudar dan kayu oak menyimpan perkakas memasak di atas para terbuka.
Lihat semua troli & pulau dapur

Storan yang kemas untuk koleksi anda

Para wain TORNVIKEN IKEA memudahkannya untuk anda melihat dan mencapai koleksi anda.

Lihat semua para dapur
Para berwarna putih dengan sisipan para wain berwarna putih digunakan untuk menyimpan botol wain. Buku masakan dan kotak terletak di atas para sebelah bawah.
Lihat semua para dapur

Gunakan setiap ceruk

Ambil dengan tangan terbuka ruang yang rumit dalam seni bina dapur anda. Maksimumkan ruang storan anda dengan memasang kabinet dapur di antara setiap tingkap untuk menyimpan barang-barang kaca.

Lihat semua pintu dapur
Kabinet dapur berwarna putih dengan pintu kaca vitrin BODBYN IKEA di antara dua tingkap sempit dengan dua lampu pendan berwarna putih.
Lihat semua pintu dapur

Permudahkan kerja memasak

Kurangkan masa memasak dengan menggantungkan perkakas penyediaan makanan pada rel. Hanya capai benda yang anda perlukan dan mula memasak!

Lihat semua penyusun atur dinding
Gambar dekat perkakas dapur seperti pemarut dan landas cencang yang kecil tergantung pada rel keluli tahan karat FINTORP IKEA.
Lihat semua penyusun atur dinding

Tambah sentuhan klasik

Pemegang dan tombol dapat menambah sedikit gaya pada dapur anda, dan ialah cara yang senang untuk membaharui penampilannya. Kami menambah gabungan pemegang jatuh dan tombol yang licin untuk penampilan lebih tradisional.

Lihat semua tombol & pemegang
Gambar dekat pemegang jatuh SKÄRHAMN IKEA berwarna hitam yang licin dengan tepi bersadur krom pada pintu dapur berwarna putih.
Lihat semua tombol & pemegang