Langkau ke kandungan utama

Idea untuk mengimbangkan hari kerja anda

Bekerja dari rumah ada faedah istimewanya. Tetapi ia mudah menjadi tabiat duduk berjam-jam di meja anda. Jadi, penting untuk mengambil masa rehat yang membantu anda bergerak atau bersantai.

Seorang wanita yang duduk di tempat duduk tepi tingkap sedang berehat sambil menikmati secawan teh. Terdapat lampu pembesar suara SYMFONISK di belebas tingkap itu.
Seorang wanita yang duduk di tempat duduk tepi tingkap sedang berehat sambil menikmati secawan teh. Terdapat lampu pembesar suara SYMFONISK di belebas tingkap itu.

Pastikan bahawa anda sentiasa bertenaga

Mesyuarat dalam talian dan memikirkan bahawa anda mesti menyiapkan sesuatu tugas boleh membuatkan anda kurang minum air dan makan. Jadi, letakkan serahi yang berisi air dan snek yang sihat di atas meja anda dan pastikan bahawa diri anda sentiasa bertenaga sepanjang hari.

Lihat semua makanan & minuman
Di atas meja terdapat serahi KARAFF dan gelas berisi air di sebelah piring sisi yang mempunyai bar kekacang MUNSBIT yang sudah dibuka.
Lihat semua makanan & minuman

Jadualkan masa rehat dan penjagaan diri

Mengambil masa rehat daripada tugas yang perlu anda siapkan bermanfaat bagi anda dan kerja anda – ia sangat berkesan untuk produktiviti anda. Gunakan jam pasir untuk mengingatkan anda supaya berehat sebentar dan meregangkan badan. Atau berjalan-jalan. Anda akan berasa dan bekerja dengan lebih baik.

Lihat semua aksesori hiasan
Meja yang disediakan untuk membantu mengingatkan anda supaya berehat sebentar semasa anda bekerja dengan jam pasir EFTERTÄNKA dan bingkai gambar LERBODA.
Lihat semua aksesori hiasan

Ceriakan suasana

Mendengar muzik semasa bekerja boleh membuatkan anda berfikiran positif dan membantu anda menjadi lebih produktif dan kreatif. Jika anda rasa keseorangan, gunakan pembesar suara Bluetooth untuk menukar daripada mendengar lagu kepada audio siar. Atau pastikan bateri telefon anda bercas dan dekat dengan anda, jadi anda boleh sentiasa terhubung dengan keluarga dan rakan sekerja.

Lihat semua pembesar suara
Lampu pembesar suara Bluetooth VAPPEBY dan sangga pengecas telefon tanpa wayar NORDMÄRKE terletak di atas meja TROTTEN.
Lihat semua pembesar suara

Wujudkan sudut yang tenang

Luangkan sedikit masa pada hari siang untuk berfikir panjang dan bersantai. Gunakan kusyen dan alas untuk menjadikannya lebih selesa. Dan nikmati sedikit masa jauh dari skrin anda untuk duduk sambil merenungkan sesuatu.

Lihat semua bidai elektrik
Kawasan tempat duduk tepi tingkap yang mempunyai satu sarung kusyen DYTÅG, satu sarung kusyen SPIKKLUBBA dan dua bidai berongga PRAKTLYSING.
Lihat semua bidai elektrik