Langkau ke kandungan utama

Selamat datang ke tempat yang paling kreatif di rumah

Potong, pahat, gergaji dan cipta mengikut idaman hati anda di ruang kerja yang memberikan inspirasi di rumah ini. Ruang gaya industri menampilkan bahan-bahan semula jadi, storan yang praktikal dan perabot yang lasak. Ringkas, berangin dan penting sekali, teratur – ia membiarkan anda menjadi produktif dan membolehkan inspirasi melimpah-ruah.

Studio gaya industri di rumah dengan siling tinggi, perabot yang dibuat daripada kayu dan logam berwarna hitam, serta tingkap besar.
Studio gaya industri di rumah dengan siling tinggi, perabot yang dibuat daripada kayu dan logam berwarna hitam, serta tingkap besar.

Tempat untuk menjadi kreatif

Meja kerja yang luas dan lasak ini hebat digunakan untuk semua jenis projek dan hobi anda. Kerusi yang sepadan mendapat inspirasi daripada kerusi gaya industri fesyen lama, menambah gaya gudang pada ruang tersebut.

Lihat semua meja kerja untuk rumah
Dua meja kayu pain, dua kerusi pusing kayu pain/berwarna hitam, dua lampu kerja berwarna kelabu gelap, tingkap besar dan tumbuhan berpasu.
Lihat semua meja kerja untuk rumah

Storan ala desa

Dua unit rak dan kabinet TV membentuk ruang storan yang bergaya dan praktikal ini. Ia dibuat daripada kayu pain dan logam berwarna hitam yang menambah gaya industri pada ruang tersebut. Dengan bantuan kotak, anda dapat memastikan para terbuka sentiasa kemas.

Lihat siri FJÄLLBO
Unit rak berwarna hitam dengan kotak dan objek-objek kayu, kabinet TV berwarna hitam dengan kotak di atasnya, tumbuhan berpasu.
Lihat siri FJÄLLBO

Kreativiti tanpa risau

Pad meja melindungi meja anda daripada kesan calar dan tumpahan, jadi anda dapat menumpukan perhatian pada penyempurnaan projek anda. Bahan gabusnya juga menambah sentuhan yang hangat dan semula jadi pada ruang tersebut.

Lihat semua aksesori meja kerja
Dua meja kayu pain, dua pad meja yang dibuat daripada gabus, lampu kerja berwarna kelabu gelap, alat ukir kayu dan objek-objek kayu.
Lihat semua aksesori meja kerja

Keindahan tahan lasak

Inilah kawasan kerja yang benar-benar bekerja kuat. Meja kerja ini sangat kukuh dan lasak. Lembapan, kotoran, beban berat: tiada masalah. Anda boleh menggunakan para di bawah untuk menyimpan peralatan dan bahan-bahan anda.

Lihat sistem BROR
Dua meja kerja berwarna hitam/papan lapis kayu pain, peralatan pada dinding, kotak logam berwarna kelabu/hijau, tatal kayu di atas lantai.
Lihat sistem BROR

Tempat yang nyaman dan selesa untuk bekerja

Jangan lupa bergerak dan mengubah kedudukan semasa hari kerja. Ia baik untuk kreativiti anda dan juga tubuh anda. Sokongan komputer riba membolehkan anda bekerja dengan selesa di atas sofa.

Sofa berwarna putih, tumbuhan berpasu, komputer riba di atas sokongan komputer riba berwarna hitam/putih, meja kopi berwarna hitam.