Langkau ke kandungan utama

Idea bilik permainan untuk sebarang bilik, gaya dan belanjawan

Ingin meningkatkan pengalaman permainan anda? Sama ada anda lebih suka yang kelihatan anggun dan moden atau bersuasana selesa dan kedesaan, reka bentuk bilik permainan ini akan membantu anda mewujudkan tempat permainan yang unggul. Dapatkan inspirasi daripada idea-idea ini yang menggabungkan keselesaan, fungsi dan gaya.

Bilik permainan yang gelap yang mempunyai stesen permainan yang bercahaya. Seorang yang duduk di atas kerusi permainan, mengangkat tangan menandakan kejayaan.
Bilik permainan yang gelap yang mempunyai stesen permainan yang bercahaya. Seorang yang duduk di atas kerusi permainan, mengangkat tangan menandakan kejayaan.

Terangi dan peribadikan stesen permainan anda

Hitam sentiasa merupakan warna tidak rasmi permainan. Tetapi daripada melihatnya sebagai pengehadan, terimanya dengan tangan terbuka. Dengan menggandingkan meja permainan dan aksesori komputer anda dengan lampu berwarna-warni yang terang, anda menambahkan sentuhan keindividuan dan menghasilkan pemandangan yang mempamerkan gaya unik anda.

Bilik permainan yang gelap yang mempunyai dinding berwarna coklat, dua skrin di atas meja permainan UTESPELARE berwarna hitam dan dua jalur pencahayaan berwarna merah.
Bilik permainan yang mempunyai dua skrin di atas meja permainan HUVUDSPELARE. Dindingnya diterangi cahaya berwarna merah dan kuning di belakang skrin itu.
Lampu cecincin LÅNESPELARE menerangi persekitaran seorang yang sedang duduk di meja permainan HUVUDSPELARE sambil memegang peranti mudah alih.
Bilik permainan yang gelap yang mempunyai kerusi permainan MATCHSPEL di atas pelindung lantai dan dua skrin di atas meja permainan, diterangi cahaya berwarna biru.
Persediaan permainan dengan skrin, meja permainan UPPSPEL serta kabel dan aksesori pada papan penyepit UPPSPEL yang diterangi cahaya.

Menyukai permainan, menyukai gaya

Adakah anda peminat warna-warna yang terang dan corak yang aneh? Kenapa tak biarkan stesen permainan anda menggambarkan kesukaan anda terhadap gaya dengan membiarkan beberapa kelengkapan utama menyatakannya. Dengan cara itu, ia mewujudkan suasana yang menarik dan ceria, menghasilkan ruang yang meraikan kesukaan anda bukan sahaja terhadap permainan.

Persediaan pejabat dan permainan yang mempunyai meja permainan UTESPELARE, kerusi permainan MATCHSPEL dan kabinet yang dicat dalam corak berjalur-jalur.
Unit laci beroda IDÅSEN berwarna coklat keemasan dengan salah satu lacinya terbuka, mendedahkan kabel dan aksesori permainan.

Keajaiban permainan, bila-bila masa, di mana-mana saja

Tiada kawasan permainan khas? Tiada masalah! Ubah mana-mana bilik menjadi tempat permainan dengan stesen permainan serba guna yang bersepadu dengan lancar dan boleh disimpan dengan mudah. Bermain pada bila-bila masa dan di mana-mana saja inspirasi muncul!

Stesen permainan di antara dua langsir berwarna hijau. Terdapat dinding gambar yang mempunyai ilustrasi di atas meja RIDSPÖ dengan skrin.
Meja RIDSPÖ dan kerusi permainan GRUPPSPEL terletak di hadapan langsir berwarna hijau gelap di dalam bilik berlantaikan kayu berwarna gelap.

Stesen kerja pada waktu siang, stesen permainan pada waktu malam

Tingkatkan produktiviti dan tingkatkan pengalaman permainan anda dengan gabungan stesen kerja dan stesen permainan. Beralih daripada bekerja kepada bermain dengan lancar, memaksimumkan kecekapan dan hiburan di dalam satu bilik permainan yang bergaya dan serba guna.

Meja permainan UTESPELARE berwarna kelabu muda dan kerusi permainan berwarna kelabu terletak di celah almari pakaian PLATSA berwarna putih yang besar.
Bilik permainan yang dilimpahi cahaya matahari yang mempunyai dinding berwarna kelabu, lantai kayu dan kerusi permainan MATCHSPEL di sebelah meja permainan HUVUDSPELARE.
Bilik tidur kontemporari yang mempunyai stesen permainan, terdiri daripada meja permainan dan kerusi HUVUDSPELARE, terletak bersandar pada dinding.
Pejabat rumah yang bergaya dengan dinding berwarna kuning air dan lantai kayu. Kerusi permainan JÄRVFÄLLET terletak di sebelah meja yang mempunyai dua skrin.
Pejabat rumah dengan unit rak BOAXEL. Dua lampu yang terletak di belakang dua skrin menerangi bilik itu dengan cahaya berwarna biru.

Tambah sedikit gaya peribadi pada tempat permainan anda

Buat bilik permainan yang unik macam anda! Tambah sedikit gaya peribadi dengan poster, lukisan dan kolektibel yang menggambarkan keghairahan anda terhadap permainan dan watak kegemaran anda. Dengan meja dan kerusi berwarna putih yang bersih, anda menghasilkan latar belakang yang harmoni yang menyerlahkan personaliti anda.

Jalur pencahayaan LEDBERG memancarkan cahaya berwarna merah jambu dan biru di dalam bilik yang mempunyai hiasan poster, buku dan mainan golongan remaja.

Lihat lebih banyak ruang kerja rumah yang memberikan inspirasi