Langkau ke kandungan utama

Idea storan ruang depan keluarga yang mengutamakan kanak-kanak

Untuk menguruskan kawasan lalu-lalang yang sibuk apabila tinggal dengan kanak-kanak, ruang depan yang baik memerlukan storan yang luas dan tahan lama pada ketinggian yang sesuai agar berfungsi untuk semua peringkat umur. Di sini ada beberapa petua dan idea untuk membantu memastikan barang-barang mudah dicapai, mudah diatur dan kelihatan indah.

Ruang depan yang mempunyai dua bangku rotan dengan storan di dalamnya dan di atasnya terdapat kusyen dan ambal, serta papan penyepit berwarna putih dan cermin berwarna hijau.
Ruang depan yang mempunyai dua bangku rotan dengan storan di dalamnya dan di atasnya terdapat kusyen dan ambal, serta papan penyepit berwarna putih dan cermin berwarna hijau.

Kombinasi tempat duduk dan storan

Bangku dengan storan di dalamnya mudah dicapai oleh semua ahli keluarga dan sempurna untuk semua benda yang anda ingin simpan berhampiran tetapi tidak kelihatan. Selain itu, ia juga sentiasa berguna untuk kanak-kanak duduk di atasnya apabila mengikat tali kasut mereka.

Lihat semua bangku storan
Seorang sedang mengambil item dari bangku dengan storan TOLKNING rotan yang terletak di sebelah bangku yang serupa, serta papan penyepit dan cermin.
Lihat semua bangku storan

Stesen storan utama

Anda dapat muatkan lebih daripada yang anda fikirkan ke ruang terhad dengan sistem storan lekap dinding. Ia mudah untuk menyesuaikan barang-barang mengikut keperluan anda dan ruang yang anda ada, memberi setiap ahli keluarga banyak ruang storan yang mudah dicapai.

Lihat sistem BOAXEL
Kombinasi storan BOAXEL berwarna putih yang terdiri daripada bakul jaring, para dan rel pakaian terletak di sebelah kabinet/storan kasut TRONES berwarna putih.
Lihat sistem BOAXEL

Masukkan sahaja ke dalam beg

Satu atau dua beg kain cucian di ruang depan memberi anda storan yang berguna untuk apa-apa sahaja daripada sarung tangan dan topi kepada selipar dan kasut, ataupun topi keledar dan kelengkapan sukan. Beg ini bersalut plastik di bahagian dalamnya yang melindungi daripada lembapan dan memudahkannya untuk dibersihkan dari semasa ke semasa.

Lihat semua bakul kain cucian
Beg kain cucian PURRPINGLA berwarna kuning air yang mengandungi kelengkapan sukan terletak di sebelah dua kabinet/storan kasut berwarna putih dan rel kayu birch dengan cangkuk.
Lihat semua bakul kain cucian

Tempat pertama untuk dicari

Papan penyepit di ruang depan memang hebat untuk menyimpan kunci, cermin mata, pengecas dan benda-benda kecil yang lain. Atur cangkuk, pemegang, para, klip, bekas dan bakul mengikut kesukaan anda. Meninggalkan sedikit ruang untuk nota dan jadual juga membantu hari anda berjalan dengan lancar.

Lihat semua papan penyepit
Dinding yang mempunyai papan penyepit SKÅDIS berwarna putih dengan para, bekas, klip dan tali elastik yang mempunyai pelbagai item, serta cermin.
Lihat semua papan penyepit

Dinding storan dengan semua yang boleh digantung

Rel dengan cangkuk memanfaatkan sepenuhnya dinding anda dan memberi anda storan yang fleksibel untuk fon kepala, topi, topi keledar dan banyak lagi. Beberapa baris bakul gantung juga merupakan tambahan pintar untuk storan kecil yang mudah digunakan.

Lihat semua bakul
Tiga rel kayu birch dilekapkan pada dinding dengan cangkuk S berwarna putih mempunyai bakul gantung TOLKNING dan pelbagai item lain.
Lihat semua bakul

Mengosongkan ruang lantai

Hidup berkeluarga biasanya bermakna terdapat banyak kasut. Jadi, storan tertutup untuk menyembunyikan beberapa pasang kasut memang idea yang baik. Kabinet kasut yang nipis ini ideal di ruang depan yang lebih kecil pun kerana ia tidak mengambil banyak ruang lantai. Permukaan atasnya juga boleh digunakan sebagai para untuk menyimpan benda-benda.

Lihat semua kabinet kasut
Dua kabinet/storan kasut TRONES berwarna putih dengan salah satu pintunya terbuka menunjukkan kasut di dalamnya, di bawahnya pula terdapat rak kasut berwarna kelabu dengan lebih banyak kasut.
Lihat semua kabinet kasut