Langkau ke kandungan utama

Ruang depan yang kecil dengan banyak idea storan pintar

Ruang depan yang kecil ini amat berkesan dari segi pengaturan. Menampilkan penyelesaian storan kasut pintar yang dapat muat di ruang sempit, rel boleh laras untuk ceruk luar biasa dan dinding yang memastikan keadaan sentiasa kemas serta memberikan inspirasi. Semuanya pada harga yang membantu anda menjimatkan lebih banyak wang.

Ruang depan yang sempit dengan gambar tergantung pada dinding, storan kasut berdawai berwarna hitam yang bertindan, papan kenyataan berwarna hitam.
Ruang depan yang sempit dengan gambar tergantung pada dinding, storan kasut berdawai berwarna hitam yang bertindan, papan kenyataan berwarna hitam.

Tindan kasut anda

Sangat gemar mengumpul kasut? Tidak ada masalah. Anda boleh menyimpan kasut anda dengan teratur tanpa mengambil banyak ruang di ruang depan anda. Rak kasut GREJIG dapat ditindankan sehingga 3 rak. Ia juga boleh dilipat, jadi anda boleh menyimpan rak tambahan berhampiran untuk tetamu.

Lihat semua rak kasut & penggantung
Rak kasut berwarna hitam terletak bersandar pada dinding berwarna kelabu secara bertindan dengan kasut di atasnya, lantai kayu dan ambal berwarna kuning air.
Lihat semua rak kasut & penggantung

Dinding yang membantu anda bersiap

Di ruang depan yang kecil, biarkan dinding anda menguruskan pengaturan. Kabinet/storan kasut TRONES mengambil sedikit sahaja ruang kerana reka bentuknya yang sempit dan dapat menyimpan bukan sahaja kasut. Rak dengan tombol untuk topi, beg dan item-item lain yang anda gunakan setiap hari membantu anda bersiap untuk keluar dalam sekelip mata. Petua berguna: anda boleh mengubah penampilannya dengan mudah dengan menukar tombolnya.

Lihat semua kabinet kasut
Kabinet kasut berwarna hitam pada dinding, para sempit dengan kotak kecil, dua rak berwarna putih dengan tombol yang mempunyai topi dan fon kepala.
Lihat semua kabinet kasut

Rak pakaian yang muat hampir di mana-mana sahaja

Ada ruang yang saiznya luar biasa? Palang pakaian MULIG boleh dipanjangkan dan dilaraskan mengikut ruang anda.

Lihat semua rak & rel pakaian
Ceruk luar biasa dengan palang pakaian berwarna putih yang mempunyai jaket dan kot tergantung padanya, beg kabin berwarna hitam, para dengan kotak dan beg.
Lihat semua rak & rel pakaian

Ia juga merupakan rumah teman baik anda

Haiwan kesayangan anda juga patut menerima sambutan mesra! Cangkuk BÄSTIS (yang bermakna teman baik dalam bahasa Sweden) membolehkan anda mengatur tuala dan tali cawaknya. Ia dibuat daripada getah lembut, jadi tiada tepi tajam yang akan mengakibatkan seseorang terhantuk.

Lihat semua cangkuk & penyusun atur dinding
Papan kenyataan berwarna hitam dengan gambar dua ekor anjing, empat cangkuk berbentuk anjing dengan tuala, bakul berwarna biru dan tali cawak berwarna hitam tergantung padanya.
Lihat semua cangkuk & penyusun atur dinding

Tempat yang ceria setiap hari

Cipta dinding yang memberikan inspirasi dengan gambar dan nota yang anda sukai. Ia menimbulkan rasa gembira sambil anda berjalan masuk dan keluar, menjadikan ruang depan anda tempat yang mesra dan penuh inspirasi.

Lihat semua papan kenyataan
Papan gabus dengan gambar hitam putih burung, bulu pelepah, gelang berwarna keemasan dan lampu dinding berwarna hitam.
Lihat semua papan kenyataan

Kelembutan (dan keselamatan) di bawah tapak kaki

Ambal menjadikan ruang depan anda lebih lagi menggoda. Jangan lupa menggunakan pelapik antigelincir ambal untuk mengelakkannya daripada tergelongsor, dan menjadikannya lebih lembut lagi untuk dipijak.

Lihat semua antigelincir & pelapik
Ambal yang ditenun menunjukkan pelapik antigelincir ambal berwarna kelabu di bawahnya, timbunan majalah dan lampu meja berwarna hitam.
Lihat semua antigelincir & pelapik