Langkau ke kandungan utama

Ruang depan yang anggun dan mengalu-alukan yang menyembunyikan banyak storan

Dapatkan inspirasi daripada ruang depan yang indah ini yang rasa seperti lobi hotel. Anggun, tenang dan tidak berselerak, ia menampilkan meja bulat yang terletak di tengah-tengah dan palet warna putih, biru dan kayu yang tenang. Ruang masuk yang indah ini juga mempunyai banyak ruang storan di belakang pintu gelangsar.

Meja bulat dan bangku KYRRE berwarna biru di ruang depan, di hadapan kombinasi storan dengan pintu gelangsar SKYTTA/HOKKSUND.
Meja bulat dan bangku KYRRE berwarna biru di ruang depan, di hadapan kombinasi storan dengan pintu gelangsar SKYTTA/HOKKSUND.

Pintu gelangsar untuk ruang depan yang anggun, bergaya dan mengoptimumkan ruang

Pintu gelangsar sungguh baik untuk mewujudkan wajah yang tenang dan tidak berselerak di ruang masuk, sambil mengoptimumkan ruang di belakangnya untuk bilik almari pakaian. Jadikannya sangat teratur dan cekap dengan menggunakan kotak dan pencahayaan bersepadu. Kotak gentian semula jadi menambah kehangatan pada wajahnya, dan sangat sesuai untuk menyimpan benda-benda kecil.

Lihat sistem BOAXEL
Kombinasi almari pakaian BOAXEL yang menyimpan pelbagai barang di ruang kecil, dan kombinasi pintu gelangsar SKYTTA/HOKKSUND di hadapannya.
Kombinasi almari pakaian BOAXEL dengan kotak storan KUGGIS dan bakul VÄXTHUS di atas para-para dan kot pada penyangkut di ruang depan.
Lihat sistem BOAXEL

Kilauan tinggi bertemu dengan kayu hangat

Ruang ini menampilkan keseimbangan bahan berkontras yang indah: kilauan pintu gelangsar berkilat dilengkapi dengan kehangatan dan kedalaman kayu. Kombinasi kabinet lekap dinding menyediakan lebih banyak storan lagi. Menyusun barang-barang yang lebih kecil di dalam kotak menjadikannya mudah ditemui.

Lihat sistem SKYTTA
Kombinasi kabinet BESTÅ kesan kayu oak berwarna putih di sebelah dinding kayu. Salah satu pintunya terbuka menunjukkan kotak storan KUGGIS di dalamnya.
Meja DOCKSTA bulat berwarna putih dengan lampu pendan BLÅSVERK tergantung di atasnya di sebelah pintu gelangsar SKYTTA/HOKKSUND yang tertutup.
Lihat sistem SKYTTA

Perincian menarik yang memudahkan keluar masuk

Hias meja bulat ruang masuk anda dengan tumbuh-tumbuhan hijau dan bangku yang praktikal berwarna biru terang yang menambahkan keceriaan pada wajah keseluruhannya. Pemalap tanpa wayar yang mengawal lampu kabinet ruang depan anda menambah sentuhan istimewa. Dan penyusun dinding di tepi pintu memastikan anda tidak akan kehilangan kunci anda lagi.

Lihat semua cangkuk & penyusun dinding
Meja DOCKSTA bulat berwarna putih dengan vas GRADVIS yang berisi dedaun di atasnya dan bangku KYRRE berwarna biru di bawahnya, terletak dekat dengan cermin.
Penyusun dinding dengan cangkuk HÄSTVISKARE kayu oak yang mempunyai surat di atas para dan benda-benda kecil seperti kunci pada cangkuknya, terlekap pada dinding berwarna kuning air.
Lihat semua cangkuk & penyusun dinding

Masuk dengan hebatnya

Reka ruang depan yang memberikan kesan dengan palet warna minimal yang terdiri daripada warna kayu, putih dan sedikit warna biru, kombinasi bahan berkontras yang indah serta meja bulat yang mewujudkan suasana anggun. Selamat pulang!

Lihat semua meja bulat
Meja DOCKSTA bulat berwarna putih di hadapan kombinasi kabinet BESTÅ kesan kayu oak berwarna putih dan di atas ambal GÅNGVÄG.
Lihat semua meja bulat

Lihat lebih banyak ruang depan yang memberikan inspirasi