Langkau ke kandungan utama

Hiasan kraftangan dan idea penyediaan meja untuk parti remaja

Adakah anda merancang sebuah parti dan ingin menggunakan beberapa idea hiasan untuk menggabungkan sekumpulan remaja dalam suasana yang sesuai? Sebenarnya, anda mungkin sudah ada apa yang anda perlukan di rumah. Daripada menggabungkan yang lama dan baharu untuk menghasilkan penyediaan tempat yang unik, sehingga kepada hiasan DIY yang mudah, ada banyak yang anda boleh capai dengan hanya menggunakan sedikit kreativiti.

Meja dengan set alas meja berwarna semula jadi/kuning air dengan set makan malam gabungan dalam warna berbeza-beza, gelas POKAL dan bunga tiruan.
Meja dengan set alas meja berwarna semula jadi/kuning air dengan set makan malam gabungan dalam warna berbeza-beza, gelas POKAL dan bunga tiruan.
Dua belah tangan seseorang sedang menggunting kertas di atas meja dengan sekotak cat air, gulungan kertas, botol cat dan berus dalam siri MÅLA.

Idea DIY untuk meneruskan kreativiti

Ia sentiasa bagus untuk ada kertas kraftangan berwarna di rumah. Ia bahan yang versatil untuk membuat hiasan seperti kad peletakan dan kalungan. Ini langkah demi langkah ringkas untuk meja parti yang menyeronokkan.

 

  • Buat penyediaan tempat peribadi dengan pinggan mangkuk meja gabungan
  • Gunakan pelbagai jenis kain lap sebagai napkin
  • Warnakan beberapa terendak lampu dan gunakan sebagai belon
  • Hiaskan dengan bunga tiruan yang boleh diguna semula
  • Seleasikan dengan hiasan DIY anda sendiri
Lihat siri MÅLA

Ucapkan selamat tinggal kepada belon

Apa kata gunakan alternatif kreatif untuk belon? Warnakan beberapa terendak lampu dalam warna berbeza-beza ialah cara mudah untuk mewujudkan aura keseronokan. Dengan mentol LED boleh dimalapkan di dalam, anda boleh menyesuaikan suasana. Ia juga boleh diguna semula – mungkin dengan warna lain?

Lihat semua terendak lampu
Tiga terendak lampu pendan REGOLIT diwarnakan dengan tangan di sebelah atas set meja makan dengan set makan malam gabungan dan bunga tiruan.
Lihat semua terendak lampu

Keindahan itu benar

Bunga tiruan telah berkembang menjadi rupa dan rasa seperti yang sebenar. Mempunyai pilihan warna berbeza-beza di rumah ialah cara pintar untuk mendapatkan banyak pilihan untuk menyediakan meja makan dengan sentuhan segar dan berwarna-warni – lagi dan lagi.

Lihat siri SMYCKA
Bunga tiruan SMYCKA dan jambangan di dalam vas kaca jernih di sebelah gelas POKAL dan mangkuk ENTUSIASM bercorak/berwarna hijau.
Lihat siri SMYCKA

Kreativiti penyediaan meja macam di rumah

Kain lap sangat sesuai dijadikan napkin dan boleh menjadi hiasan sebenar dengan reben dan kad peletakan. Semasa menyediakan meja, cuba gabungkan warna dan corak set makan malam anda untuk menyediakan tempat yang unik untuk setiap tetamu. Ia cara yang bagus untuk membuatkan semua orang berasa lebih dialu-alukan.

Lihat semua set makan malam
Kedua belah tangan seseorang meletakkan kain lap RINNIG berwarna kelabu gelap/bercorak yang dilipat sebagai napkin pada penyediaan tempat dengan set makan malam berwarna merah jambu.
Meja dengan alas meja berwarna semula jadi/kuning air dan penyediaan tempat dengan pelbagai set makan malam dan mangkuk KEJSERLIG dalam pelbagai warna.
Lihat semua set makan malam